n
Still Stuck? Try Our Proxy Network  LegalSurf   OrkutPass    NewJumbo

  HOME

03 September, 2010

Tarawih 8 Rakaat Ke 20 Rakaat Ke Kedua-duanya TETAP TIDAK SAH!



Wahabi dgn akidah TAKFIRnya dari dulu dok buat kecoh tarawih ni 8 jek lah bukan 20 lah bal bla bla.... sbnrnya mereka (wahabi) berakidah Allah itu memang serupa bentuknya dengan makhluk. Org yg menyamakan Allah dgn makhluk solatnya tidak sah sama sekali. Tak kiralah dia buat 30 ke 80 sejuta rakaat...ke.

DI ATAS ADALAH ISI KANDUNGAN KITAB WAHHABI BERJUDUL "AQIDAH AHL IMAN FI KHALQI ADAM ALA SURATI RAHMAN" YANG MANA KITAB TERSEBUT DIAKUI OLEH BIN
BAZ AL-WAHHABI MENYATAKAN AKIDAH MEREKA BAHAWA ALLAH SERUPA DENGAN
MANUSIA DAN SERUPA DENGAN SEGALA MAKHLUK-MAKHLUKNYA SERTA WAHHABI
MENGUNAKAN HUJAH DARI YAHUDI KITAB TAURAT (MUHARRAFAH) YANG TELAH
DITUKAR DAN DIUBAH. WAHHABI TIDAK MENGUNAKAN ALQURAN DAN HADITH TETAPI
MENGUNAKAN KENYATAAN YAHUDI DALAM HAL ASAS AKIDAH. PERHATIKAN PADA LINE
YANG TELAH DIMERAHKAN AMAT JELAS KESEMUA WAHHABI MENDAKWA ALLAH
MENCIPTA MANUSIA SERUPA DENGAN DIRI ALLAH SENDIRI. INILAH AKIDAH
MUJASSIMAH AL-YAHUDIYAH YANG DIHIDUPKAN OLEH AL-WAHHABIYAH.

19 August, 2010

Wahabi Di Perlis, Perlis DiWahabikan?

Komen Isu Penyelewengan Wahabi Tulisan Dato Hj Nakhaei Ahmad




Baru-baru ini ada orang besar dari Perlis cuba nak takutkan saya dengan tuduhan palsu. Dia dakwa saya telah hukum Perlis sebagai negeri YAHUDI Syaitan KAFIR dan mcm2 lagi termasuk Wahabi. Orang besar itu kata dia sudah beritahu pada Raja Perlis saya cakap pasal negeri Perlis macam tu (PERLIS YAHUDI IBLIS SYAITAN KAFIR WAHABI). Saya terus call orang tersebut dan minta bukti tapi dia tiada bukti. Demikianlah kejahatan orang Wahabi yang melempar fitnah melaga-laga ukhwah Islam. Sehingga orang besar tersebut pun tertipu dengan mainan Wahabi lantas menyebabkan dia renggang dalam menjalinkan hubungan ukhwah dengan Ahl Sunnah lain.


BEKAS MB PERLIS MENGAKU DIRINYA WAHABI DAN MENGAKU AJARAN WAHABI ADA/WUJUD DI PERLIS
Kenapa nak marah bila ulama Islam sebut di Perlis ada manusia yang berfahaman Wahabi? Bukankah memang ada pengamal ajaran Wahabi di Perlis tu? Sebenarnya bekas MB Perlis dulu pun sudah mengaku dirinya sendiri sebagai Wahabi. Bahkan dia sendiri mendakwa di Perlis ada pengamal ajaran Wahabi cuma katanya pengamal ajaran Wahabi di Perlis tidaklah ramai sangat. Untuk mengatakan Perlis tidak ada Wahabi adalah perkara yang tidak realiti kerana beberapa pemimpin utama Perlis pun bangga dan mengaku mereka adalah Wahabi dengan mengatakan "SAYA WAHABI" daripada mengaku diri "SAYA MUSLIM" mereka sendiri ubah dan mengaku "SAYA WAHABI". Wahabi juga mendakwa Allah serupa dengan manusia iaitu Allah duduk atas kerusi, Allah bersifat dengan sifat yang lemah dan buruk dan pelbagai lagi.


BUAT RAJA PERLIS
Warkah terbuka patek buat Raja Perlis agar diadakan perbincangan dengan semua pihak dalam hal ini dan jangan mendengar dari satu pihak sahaja. Ini kerana saya turut difitnah kononnya mendakwa negeri Perlis adalah negeri YAHUDI KAFIR SYAITAN. Sedangkan saya tidak pernah menyatakan sedemikian. Semoga Allah memelihara Tuanku.

Wassalam

17 August, 2010

Fatwa Mufti Selangor & Jabatan Mufti Selangor Perihal Akidah WAHABI





Nombor Rujukan Jabatan Mufti Selangor: ( 90 ) dlm.mufti.sel 500-1.Jld.3 Bertarikh 13 Ogos 2010 / 03 Ramadhan 1431. Jawapan Fatwa Adalah Seperti Berikut:

i- Kepercayaan Allah berjisim dan bersifat duduk bersila atau Allah bertempat adalah kepercayaan atau i'tiqad kaum MUSYABBIHAH (MUJASSIMAH). Dinamakan kaum musyabbih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhlukNya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Di antara i'tiqad sesat mereka yang bertentangan dengan i'tiqad Ahlusunnah Wal Jamaah ialah seperti berikut:

a. Allah bermuka dan bertangan.
b. Allah duduk bersila di atas arasy.
c. Allah berada di langit.

d. Allah bertubuh serupa nur.

I'tiqad seperti di atas adalah bertentangan dengan i'tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah lagi sesat dan menyesatkan kerana Allah tidak boleh sekali-kali diserupakan dengan makhluk (al-Syura ayat 11). I'tiqad ini membawa kepada syirik yang mengeluarkan seseorang daripada Islam.

ii- Amalan bertawassul sama ada dengan nabi atau orang soleh adalah diharuskan kerana pada hakikatnya mereka yang bertawassul itu beri'tiqad segala usaha ikhtiar dan doa yang dilakukan oleh manusia hanya Allah sahaja yang memperkenankannya. (al-Maidah 35)

Sekian, Wassalam.

"BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA"

Saya yang benar,


(MAT JAIS BIN KAMOS)
Pegawai Hal Ehwal islam (Istinbat)
b/p: Mufti Negeri Selangor

12 August, 2010

Ucapan RAMADHAN KAREEM pun BID'AH disisi Wahabi (Asri)

WAHABI YANG SUKA MENGHUKUM BID'AH KE ATAS AMALAN UMAT ISLAM SERING MELATAH TAK TENTU PASAL.




Biasanya bila tiba bulan mulia bulan Ramadhan ada dikalangan umat Islam yang mengucapkan perkataan "Ramadhan Karim", perkataan tersebut adalah harus diucap kerana tiada dalil yang melarangnya lagi pun bukan kita sembah bulan Ramadhan kita sembah Allah. Malangnya Wahabi mengharamkan dan melarang ucapan perkataan tersebut dari diucap oleh mana-mana manusia. Pelik dan ganjil sungguh 'pe'el' tokoh2 Wahabi ni. Kalau diucap "Wahabi Karim" Muhammad Bin Abdul Wahabi KARIM" " Ibnu Taimiah AL-KARIM" ..kita akan dapati Wahabilah orang pertama yang akan menghalalkannya tetapi bila umat Islam ucap " RAMADHAN KARIM" tak blh plak. (Rujuk Fatwa Tokoh Wahabi Ibnu Uthaimien Dalam Kitabnya Fatawa Ibnu Al-'Uthaimien 20 Soalan nom 254).

Manakala kita Ahli Sunnah mengatakan bahawa tiada masaalah menyebut perkataan RAMADHAN KARIM ketika menyambut bulan mulia ini . Ya kerana KARIM bererti MULIA so diharuskan ucapan bahawa bulan Ramadhan ini bulan Mulia...RAMADHAN KARIM. Ini juga kerana Allah ta'ala sendiri menyandarkan perkataan KARIM itu kepada selainnya seperti firman Allah:

الَتْ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ إِنِّي أُلْقِيَ إِلَيَّ كِتَابٌ كَرِيمٌ (النمل:29)
وَكُنُوزٍ وَمَقَامٍ كَرِيمٍ (الشعراء:58)
أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الْأَرْضِ كَمْ أَنْبَتْنَا فِيهَا مِنْ كُلِّ زَوْجٍ كَرِيمٍ (الشعراء:7)
وَظِلٍّ مِنْ يَحْمُومٍ * لا بَارِدٍ وَلا كَرِيمٍ (الواقعة:44)
فَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ (الحج:50)
إِنَّمَا تُنْذِرُ مَنِ اتَّبَعَ الذِّكْرَ وَخَشِيَ الرَّحْمَنَ بِالْغَيْبِ فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ (يّـس:11)
مَا هَذَا بَشَراً إِنْ هَذَا إِلَّا مَلَكٌ كَرِيمٌ (يوسف:31)
وَلَقَدْ فَتَنَّا قَبْلَهُمْ قَوْمَ فِرْعَوْنَ وَجَاءَهُمْ رَسُولٌ كَرِيمٌ (الدخان:17)

Dengan Ini, Saya (Abu Syafiq) Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Dengan Ibadah Yang Lebih Sempurna Dari Ramadhan Sebelum Ini.

RAMADHAN KARIM BUT WAHABI NOT KARIM...hu hu

27 July, 2010

Kenyataanku Mengenai Seminar





Baru-baru ini saya sempat hadir ke Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan 2010 bertempat di Dewan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya yang berlangsung pada 20-22hb Julai 2010. Walaupun ia tertulis peringkat kebangsaan tetapi saya menganggap ia seminar peringkat antarabangsa kerana dihadiri pembentangnya dari pelusuk negara.

Banyak pembentangan yang hebat dan tidak terlepas juga wujud pembentang yang karut langsung tidak ilmiah. Pandangan ilmiah berkaitan seminar itu adalah selepas menilai segala fakta yang telus lagi ilmiah. Terima kasih dengan ilmu yang disumbangkan oleh pembentang yang mulia seperti Dr. Syeikh Tarek Lahham (Global University), Dr. Syeikh Salim Alwan (Chairman Darul Fatwa Australia), Dr. Mas’ab al-Khoir Idris al-Said Mustafa al-Idrisi (Qatar University) dan Dr. Muhammad Salim Bin Muhammad Abu 'Asi dari Jamiah Qatar yang amat ilmiah pembentangannya. (rujuk seminar klik sini)

SEORANG PEMBENTANG YANG SAYA KAGUM
Tetapi yang paling saya kagum adalah keberanian dan keikhlasan seorang pembentang dari negara kita sendiri. Beliau merupakan dekan fakulti Usuluddin Universiti Malaya, beliau juga adalah tulang belakang dalam pembikinan seminar ini. Kepujian saya kepada beliau berdasarkan teks rasmi kertas kerjanya berjudul PENOLAKAN AL-ASHA'IRAH TERHADAP HURAIAN TAUHID RUBUBIYYAH DAN ULUHIYYAH MENURUT MUHAMMAD BIN ABD AL-WAHHAB. Di dalam kertas kerja beliau tersebut dinyatakan bahaya pemikiran pembahagian tauhid secara salah iaitu Tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma Wa Shifat yang dihuraikan secara salah oleh Ibnu Taimiah dan Muhammad bin Abdul Wahhab pengasas agama Wahabi perlu dibubar.

Bahkan keikhlasan beliau lebih terserlah apabila di akhir kertas kerjanya itu beliau menyatakan secara jelas bahawa beliau menarik balik kenyataan lamanya sendiri pada tahun 2006 perihal pembahagian tauhid tersebut yang nampak seperti memihak kepada pembahagian tersebut. Sedangkan sekarang apabila beliau telah bergelaf Prof Madya dan banyak mengkaji maka keputusan muktamad dan kenyataan terakhir beliau adalah umat Islam seluruhnya terutama di Malaysia perlu menjauhi ilmu salah pembahagian tauhid kepada 3 itu yang disusun dengan huraian yang salah oleh Ibnu Taimiah dan bapak Wahabi Muhammad bin Abdul Wahhab. Beliau menolak sekeras-kerasnya pembahagian tauhid tersebut kerana huraiannya yang bahaya dan amat menyimpang.

Disini saya letakkan salah satu resolusi rasmi seminar pemikiran Islam tersebut:

ke-5 : نخرج توصية لوزارة الشئون الدينية بأن تحذف من المناهج في المدارس والمعاهد والجامعات تقسيم التوحيد إلى توحيد ألوهية وربوبية وصفة لأن هذا مدخل لتفريق الطلاب والناس ومدخل لتكفير وتضليل أهل السنة والجماعة .

Dikeluarkan usul rasmi kepada Kementerian Hal Ehwal Agama supaya dihapuskan di sekolah-sekolah, pusat-pusat pengajian dan universiti-universiti silibus pengajian tauhid yang salah iaitu tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Aswa Wa Shifah yang juga dihuraikan secara salah kerana ia boleh membawa kepada kepincangan pelajar, masyarakat serta membawa kepada hobi gemar mengkafirkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Wassalam.
Abu Syafiq

17 July, 2010

Dr Asri Jahil Ayat Bughah


Fokus Pada Minit 3:20 - 3:40.

Secara jujur saya katakan dalam rakaman di atas baru-baru ini secara terang menunjukkan bahawa Asri seorang yang jahil tentang hukum Islam dan dalilnya bahkan Asri menafikan sesuatu yang dia sendiri tidak tahu apa pun. Asri turut mendakwa ayat yang menceritakan pasal bughah BUKAN ayat 9 dalam surah Al-Hujuraat itu katanya tetapi ayat lain katanya (tidak pula Asri nyatakan ayat apa). Sedangkan ayat tersebut jelas menyebut perkataan TABGHI diambil dari perkataan BU'GHAH (pemberontakan).

وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِنْ بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَى فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّى تَفِيءَ إِلَى أَمْرِ اللَّهِ فَإِنْ فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ ﴿49:9﴾

Dari rakaman video itu walaupun Asri baru bercakap sedikit telah pun mengeluarkan kenyataan yang salah , bayangkan kalau budak ini ckp byk lg byk salah dia. Kita blh dapati dlm rakaman tersebut secara terang Asri mendakwa: "ayat itu BUKAN ayat bughah, ayat itu TIADA KAITAN dengan bughah".


Sanggahan sy (Abu Syafiq):

Ayat 9 dlm Al-Hujuraat itu memang menceritakan perihal hukum bughah dan memang ada kaitan dgn bughah.

Ibnu Qudamah dlm kitab Al-Mughni pada bab Kitab Qital Ahl Baghi (bughah) mengunakan ayat tersebut apabila mmbicarakan perihal hukum bughah. (klik sini utk rujukan)

BinBaz Mufti Wahabi (yang buta matanya) juga apabila mensyarahkan ayat tersebut menyatakan perihal bughah. (klik sini utk rujukan)

Bahkan Ibnu Taimiah (yg Asri dakwa bhw Ibnu Taimiah jadi Mujtahid sebab Allah sendiri yg pilih) pun mengunakan ayat tersebut ketika membicarakan perihal hukum bughah. Didapati juga ketika Ibnu Taimiah menceritakan ayat tersebut dia turut menyebut berkali-kali golongan yg bughah itu adalah seperti Mu'awiyah dan kuncu2nya- kata ibnu taimiah. (rujuk Majmuk Fatawa Ibnu Taimiah juzuk 6).

Dan ulama sepakat ayat tersebut memang ada kaitan dgn bughah pasal ada perkataan TABGHI yg bererti mereka yang bughah. So, Asri ni ambil ilmu dari siapa sehingga Asri katakan bahawa : "ayat itu BUKAN ayat bughah, ayat itu tiada kaitan dgn bughah". ??!! dari roh muhammad bin abdul wahhab kah? atau dari wahabi yg masuk UMNO baru2 n utk rosakkan UMNO dr dlm?

2- Berkaitan dgn Saidatuna 'Aisyah beliau tidak menyertai mana2 peperangan pun beliau hanya berada disalahsatu tempat antara 2 pihak yg berperang. 'Aisyah tidak turut berperang.

Mohd Asri bi Abdul Talib yang menukar nama ayahnya kepada Zainul Abidin waktu yang sama mengharamkan umat Islam menukar nama bapa masing2 merupakan seorang pengkhianat kepada ajaran Islam.

14 July, 2010

SEMINAR BAHLOL?




Assalamualaikum. Apabila saya diberi maklumat baru tadi mengenai satu seminar hebat yang akan diadakan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pada bulan ini 20-22hb Julai 2010 saya pun membuka laman blog seminar tersebut (klik)http://www.seminar-pemikiran-islam.blogspot.com/ dan meneliti info dalamnya. Malangnya saya dapati wujud bahagian yang telah ditulis orang orang yang tidak ilmiah (bukan team blog) mendakwa seminar ilmiah yang baik itu pula adalah Seminar Bahlol dan dia menggesa umat Islam agar tidak menghadirinya.



Sebenarnya seminar tersebut akan dibentang oleh pakar-pakar yang mengkaji dalam tajuk masing-masing dengan mendalam. Sebagai muslim yang bersifat ilmiah perlu akur dan tidak bersikap fanatik pada mana-mana pandangan khususnya dari golongan penganas dan tidak bertanggung-jawab seperti fahaman Wahabi yang ekstrem membunuh ulama Islam antaranya Mufti Daghistan dan Syeikh Nizar Al-Halabi rahimahumallah. Waktu yang sama anak-anak murid tuan Syeikh Nizar tidak langsung membalas apa-apa serangan bahkan tiada ludahan kepada Wahabi walaupun Wahabi yang membunuh Syeikh Nizar Asy-Syahid. Dan pembaca perlu ingat Asri Wahabi and the gengnya menyokong pembunuhan tersebut seperti mana mereka sendiri nyatakan dalam Majalah I.

Kebanyakan ulama Islam adalah dari fahaman Al-Asyairah dan menentang dengan keras fahaman tajsim, takfir dan tabdi' khususnya yang terbit dari Wahabi. Nah! sebenarnya Wahabi dan pendefendnya lah si BAHLOL bukan seminar itu.

Maka dengan ini saya mengajak dan menyeru agar umat Islam hadir ke Seminar tersebut dan jadual terbarunya telah dimaklumkan kepada saya adalah seperti berikut:



Tentatif Seminar Pemikiran Islam II

Tempat : Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Tarikh : 20-22hb Julai 2010

HARI PERTAMA : 20 Julai 2010 (SELASA)
8.00 – 8.30 pagi : Pendaftaran
8.30 – 10.30 pagi : Pembentangan Sesi 1 (Balai Ilmu)
Pengerusi : Prof. Madya Dr Wan Suhaimi bin Wan Abdullah
1. Suatu Perspektif Dalam Memahami Gerakan Wahabi Hj. Zaidi Hj. Hassan [Pengkaji Bebas]
2. Asya’irah dan Cabaran Semasa Di Thailand
Tn. Haji Ghazali Ahmad [Guru Pondok]
3. Pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah Di Brunei Darussalam: Isu Dan Cabaran
Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal [Universiti Islam Sultan Sharif Ali,Brunei ]
4. Wahhabism in the English Works
Associate Prof. Dr. Ibrahim Abu Bakar [UKM]
5. Kaedah Penyebaran Dakwah Menerusi Mesej Akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah: Kajian Terhadap Jam‘iyyah al-Mashari‘ al-Khayriyyah al-Islamiyyah di Lebanon
Dr. Sulaiman bin Ibrahim [Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei]
10.30 – 11.00 pagi : Kudapan
11.00 – 1.00 petang: UCAP UTAMA (Balai Ilmu)
Pengerusi : Dr. Faizuri bin Abdul Latif
”التحدي السلفي للمذهب الأشعري: جذوره تاريخه ومظاهره ووسائله وكيفية مواجهته“ Prof. Dr. Dheen Muhammad [Universiti of Qatar, Mesir]
1.00 – 2.30 petang : Rehat / Makan Tengah hari / Solat
2.30 – 5.00 petang : MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN JURNAL AFKAR (Dewan Kuliah Utama, API)
Dirsempurnakan oleh : Y.B. SENATOR MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (B)" Menteri di Jabatan Perdana Menteri
5.00 petang : Minum Petang
HARI KEDUA : 21 Julai 2010 (RABU)

8.00 – 8.30 pagi : Kehadiran Peserta
8.30– 10.00 pagi : Pembentangan Sesi 2 (Balai Ilmu)
Pengerusi : Prof. Madya Mohamad Kamil Hj Ab Majid
1. Apakah Muhammad ‘Abdul Wahab Tokoh Mujaddid Muhammad Uthman el-Muhammady [UIAM]
2. Pro dan Kontra Mengenai Tawassul Dalam Aliran Pemikiran Islam Prof. Madya Dr. Mohd Fakhruddin bin Abd Mukti [UM]
3. Pendekatan Abu Hasan al-Ash`ari dan Ibn Taymiyyah Dalam Perbahasan Sifat-sifat Allah
Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Berahim @ Ibrahim [UM]
4. Pendekatan Para Mufassir Dalam Pentafsiran Ayat-Ayat Sifat: Analisis Dari Perspektif Aqidah Ahli Sunnah Wa Al-Jama`ah
Ahmad Fakhrurrazi Bin Mohammed Zabidi [UKM]
10.00 – 10.30 pagi : Kudapan
10.30 – 12.00 pagi : Pembentangan Sesi 3 (Balai Ilmu)
Pengerusi : Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi bin Hamat
1. Polemik Isu-Isu Khilafiah di Malaysia
Dr. Luqman Bin Haji Abdullah [UM]
2. Pseudo-Salafi dan Keruntuhan Autoriti
Dr. Khalif Muammar A. Harris [UKM]
3. Tiga Saluran Utama Ilmu dalam Islam: Rumusan Ashā‘irah Māturidiyyah yang Kekal Munasabah
Dr. Mohd Zaidi b. Ismail [IKIM]
4. Aliran Salafi Moden Menurut Yusuf al-Qaradawi Prof. Madya Mohamad Kamil Hj Ab Majid [UM]


12.00 – 1.30 petang : Pembentangan Sesi 4 (Balai Ilmu)
Pengerusi : Prof. Madya Dr. Mohd Fakhruddin bin Abd Mukti
1. The Ash’raite School Between Religion and Thought Dr. Abdulhakim Ajhar [UM]
2. بعض أفكار ابن تيمية في العقيدة تحليل ومقارنة Dr. Muhamad Salim Muhamad Abu ‘Asi [Universiti Qatar]
3. قسمة التوحيد ودراسته بين ابن تيمية وعلماء الكلام Dr. Mas’ab al-Khoir Idris al-Said Mustafa al-Idrisi [Universiti Qatar]
4. العقيدة الأشعرية ومساهمتها في الحفاظ على أمن المجتمع والأمة
Tareek Laham [Beirut]
5. تثليث التوحيد وتوحيد الأمة Dr. Mohamad Rifaie [USIM]
1.30 – 2.30 petang : Rehat / Makan Tengah hari/ Solat
2.30 – 4.00 petang : Pembentangan Sesi 5 (Balai Ilmu)
Pengerusi : Prof. Madya Dr. Khadijah binti Mohd Hambali @ Khambali
1. Pendekatan Wasatiyyah Dalam Aliran al-Asha`irah Prof. Madya Dr Wan Suhaimi bin Wan Abdullah [UM]
2. Konsep Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah : Satu Penilaian Prof. Madya Dr Asmadi Mohd Naim [UUM]
3. التراث الأشعري في ميدان العلم الإسلامي Dr. ‘Isa ‘Abdullah ‘Ali [Universiti Qatar]
4. الأشاعرة بين الغلو والتقصير وبين الإفراط والتفريط
Dr Shaykh Salim Ulwan al-Husayni [Darul Fatwa, Australia]






4.00 – 5.30 petang : Pembentangan Sesi 6 (Balai Ilmu)

Pengerusi : Prof. Madya Dr Wan Suhaimi bin Wan Abdullah

1. Pemikiran Akidah Muhammad `Abdul Wahab dan Ibn Taymiyyah: Satu Analisis Perbandingan
Dr. Abdol Rahman Mahmood [UKM]
2. Pendidikan Akidah Menerusi Huraian Sifat 20 di Malaysia
Prof. Madya Dr. Mudasir Rosder [UKM]
3. Ta’wil Dalam Tradisi Aqidah Asha’irah
Dr. Mohd Farid Mohd Shahran [UIAM]
4. Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah Menurut Muhammad bin `Abd al-Wahhab
Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi bin Hamat [UM]

5.30 – 6.00 petang : Minum Petang
HARI KETIGA : 22 Julai 2010 (KHAMIS)
8.00 – 8.30 pagi : Kehadiran Peserta
8.30– 10.00 pagi : Pembentangan Sesi 7 (Balai Ilmu)
Pengerusi : Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi bin Hamat
1. Konsep Kebersebaban Al-Ghazali: Alternatif faham Saintisme
Azmil bin Zainal [UM]
2. Manhaj Ibn Khuzaimah dalam Wacana ayat-ayat Mutasyabihat: Analisis menurut Pemikiran al-Razi
Mohd Hamidi bin Ismail [ UM ]
3. Konsep Muqtadayat al-Uluhiyyah Dan Awhal Al-Tauhid Dalam Mentauhidkan Allah SWT Menurut Sheikh Mukhtar Ali al-Dusuqi
Muhammad Saiful Islami Mohd Taher, Siti Aisyah Yusof, Nik Muhammad Rozi Nik Yusoff [UiTM & UM]
1. Tradisi Penulisan Kitab Sharah Dalam Kerangka Aqidah Asha’irah: Rujukan Khusus Kepada Kitab Sharah Melayu
Che’ Razi Bin Jusoh [UM]

10.00 – 10.30 pagi : Kudapan




10.30 – 12.00 pagi : Pembentangan Sesi 8 (Balai Ilmu)
Pengerusi : Dr. Faizuri bin Abdul Latif
1. Hasan Kafi al-Bosnawi between Asha’irah and Maturidiyyah
Dr. Ali Akbar Ziaee (UIAM)
2. الفكر الاشعري والوحدة الفكرية في المغرب الإسلامي
Tarek Ladjal [UM]
3. ملاحظات الشيخ الندوي على أسلوب علم الكلام فى إثبات العقائد الإسلامية
Muhammad Shoheb [UM]
4. الثقافة العقدية عند الشيخ محمد الغزالي (ت1996م)
Fadila Grine [UM]
12.00 – 1.30 petang : Pembentangan Sesi 9 (Balai Ilmu)
Pengerusi : Prof. Madya Mohamad Kamil Hj Ab Majid
1. Ayat Mutasyabihat Menurut Sheikh Zainal Abidin al-Fatani dalam Kitab ‘Aqidah al-Najin Dr. Faizuri bin Abdul Latif [UM]
2. Analisis Kalimah Allah Menurut Perspektif Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Prof. Madya Dr. Khadijah binti Mohd Hambali @ Khambali [UM]
3. Imam Syamsuddin Ibn Al-Qayyim Al-Jauziyyah: Analisis Terhadap Metode Kajian Dan Penulisan Beliau Dalam Beberapa Karyanya Mengenai Ketuhanan
Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid [UM]
4. Konsep Wasatiyyah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah Dalam Perbahasan Sifat Kalam
Syed Muhammad Hilmi Syed Abdul Rahman & Mohd Sobri Elias [UM]
1.30 – 2.30 petang : Rehat / Makan Tengah hari/ Solat
2.30 – 5.00 petang : Pembentangan Sesi 10 (Balai Ilmu)
Pengerusi : Dr. Luqman Bin Haji Abdullah
1. Fahaman Al-Asha’irah Dalam Nadlatul Ulama Di Indonesia
Mohammad Syakirin al Ghozaly [UM]
2. الخطاب العقدي في ماليزيا وتحديات العصر
Dr. Mustafa Bahjat & Dr. Ahmad Kasim Kasar [UM]
3. جهود الأئمة الاشعرية في المولد النبوي: السيوطي نموذجا
Ibtisam Abdullah Ali [UM]
4. جهود الإمام البيهقي الأشعري –رحمه الله- في إثبات العقيدة والدفاع عنها
Nawaf Mohammed Al Harbi [UM]

HADIRLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK MENJAYAKAN SEMINAR ILMIAH YANG BAIK INI.
p/s: Sy x dpt hadir krn time tu di luar kwsn.

12 July, 2010

Piala Dunia Tokoh WAHHABI Kafirkan Semua WAHABI

DALAM RAKAMAN INI DENGAN JELAS WAHABI SALING MENGKAFIRKAN SATU SAMA LAIN.



TOKOH WAHABI BERNAMA SOLEH AL-UTHAIMEN MENGHARUSKAN SIFAT DUDUK (JALAS) BAGI ALLAH SEDANGKAN ITU BUKAN AKIDAH ISLAM. MANAKALA TOKOH WAHABI SORANG LAGI BERNAMA AL-ALBANI MENGKAFIRKANNYA. IBNU TAIMIAH, IBNU QAYYIM AL-JAUZIYYAH, 'AID A;QARNI, AL-UTHAIMEIN DAN SEMUA WAHABI YANG MENDAKWA ALLAH ITU DUDUK (JALASA,ISTIQRAR,QU'UD) MEREKA TELAH PUN DIHUKUM KAFIR (BUKAN MUSLIM) OLEH NASIRUDDIN AL-ALBANI.

09 July, 2010

ESQ SESAT. Ini bukti2 & sebab2nya



Mufti Wilayah Malaysia: ESQ MURTAD (klik)


ESQ SESAT. INI BUKTINYA DAN MENGAPA?

Tidak dinafikan ramai dikalangan tokoh ilmuan cuba dikambing hitamkan oleh ajaran sesat seperti Musyabbihah Wahabi, Syiah dan selainnya. Tidak terlepas beberapa tokoh mufti diperbodohkan oleh beberapa ajaran yang menyeleweng seperti ajaran Dr Asri (bekas mufti) dan selainnya.

Kini pula ESQ Leadership Center yang dipelopori oleh pendakwa ikut sufi (tetapi bukan sufi sebenar pun) bahkan menyeleweng dari fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenar (Al-Asyairah&Almaturidiyah) dia (pengasas ESQ) yang bernama Ary Ginanjar Agustian dinilai melalui ESQ terdapat beberapa penyelewengan. Terdapat juga akidah Ary ini mirip akidah Wahabi ang mendakwa Allah serupa dengan makhluk duduk atas arasy.

Bukti-bukti:

Bukti (1)- TAFSIRAN BID'AH ESQ TERHADAP IMAN, ISLAM & IHSAN.



SLOGAN THE ESQ WAY 165 IAITU MEMBANGUN KECERDASAN EMOSI DAN SPIRITUAL BERDASARKAN 1 HATI YANG IHSAN, 6 PRINSIP MORAL BERDASARKAN RUKUN IMAN, 5 LANGKAH KEJAYAAN BERDASARKAN RUKUN ISLAM •
RUKUN ISLAM: SEBAGAI SUMBER AKTIVITI FIZIK (IQ) BERFUNGSI MENJAWABWHAT I THINK DIBIMBING, DIARAH & DIKENDALI OLEH 5 RUKUN ISLAM SEBAGAI MEMBINA PERSONAL STRENGTH•

RUKUN IMAN: SEBAGAI SUMBER KECERDASAN EMOSI (EQ) BERFUNGSI MENJAWAB WHAT I FEEL DIBENTUK DAN DIBANGUN OLEH 6 PRINSIP RUKUN IMAN UNTUK MEMBINA MENTAL BUILDING•

IHSAN: SEBAGAI SUMBER KECERDASAN SPIRITUAL (SQ) BERFUNGSI MENJAWABWHO I AM BERSUMBERKAN AL-ASMA’ AL-HUSNA YANG BERSIFAT UNIVERSAL DIRINGKASKAN DENGAN ESQ MODEL
LINGKARAN TERDALAM: GOD SPOT IAITU PADA DIMENSI SPIRITUAL (SQ). LINGKARAN LUAR PADA DIMENSI EMOSI (EQ). PADA LINGKARAN PALING LUAR TERDAPAT5 LINGKARAN KECIL PADA DIMENSI FIZIK (IQ) PADA ALAM SEDAR. LINGKARAN PADA DIMENSI EMOSI (EQ) DAN DIMENSI FIZIK (IQ) HARUS BERADA PADA GARIS EDARNYA DAN MENGORBIT PADA TITIK TUHAN (GOD SPOT)• IA SEPERTI GERAKAN GALAKSI BIMA SAKTI (MILKY WAY), GERAKAN ATOM ATAU GERAKAN JEMAAH HAJI YANG MENGELILINGI KA’BAH. SEMUANYA BERTAWAF DAN TUNDUK KEPADA SIFAT-SIFAT TUHAN. KONSEP INI DINAMAKAN OLEH ARY GINANJAR SEBAGAI GOD SENTRIS IAITU BERPUSAT KEPADA SQ.

SETELAH SELESAI MEMBERI PENJELASAN TENTANG SLOGAN THE ESQ WAY 165, PARA MODERATOR AKAN MENGEMUKAKAN SURAH AL-MA’IDAH AYAT 3 BERMAKSUD:-


• “PADA HARI INI, AKU TELAH SEMPURNAKAN BAGI KAMU AGAMA KAMU, DAN AKU TELAH CUKUPKAN NIKMATKU KEPADA KAMU, DAN AKU TELAH REDAKAN ISLAM ITU MENJADI AGAMA UNTUK KAMU”.


• TAFSIRAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH ESQ TERHADAP IMAN, ISLAM DAN IHSAN BERMOTIFKAN UNTUK MEMAKSAKAN KETIGA-TIGANYA BERSESUAIAN DENGAN MATLAMAT MEMBERI MOTIVASI KEPIMPINAN TERHADAP SUMBER MANUSIA


• TERDAPAT KERAGUAN APABILA SELESAI MENJELASKAN KESEMUA MAKSUD THE ESQ WAY 165, MODERATOR AKAN MEMBACA SURAH AL-MA’IDAH AYAT 3, SEOLAH-OLAH INGIN MENGATAKAN BAHAWA ISLAM SESEORANG TELAH SEMPURNA APABILA SELESAI SAHAJA MEMPELAJARI THE ESQ WAY 165.
____________________________________

Bukti (2)- ESQ MENDAKWA KEKUATAN LUAR BIASA SEPERTI MUKJIZAT, KARAMAH @ MAUNAH BOLEH BERLAKU MELALUI RUMUS ZMP.

DALAM SATU SESI, ESQ MEMBAWA KISAH SEORANG KAPTEN KAPAL TERBANG YANG MENGALAMI KEROSAKAN ENJIN PESAWATNYA. KETIKA DI UDARA. KAPTEN TERSEBUT DENGAN TENANG TELAH MENYERAHKAN DIRI DAN PENUMPANGNYA KEPADA ALLAH SWT. AKHIRNYA DENGAN TENANG PESAWAT ITU BERJAYA MENDARAT DENGAN SELAMAT. KISAH INI JUGA DIKIASKAN DENGAN KISAH NABI MUSA DISELAMATKAN DARIPADA KEZALIMAN FIR’AUN MELALUI LAUT YANG TERBELAH. PERKARA INI DIDAKWA BERLAKU MELALUI RUMUS ZMP BERIKUT:-


• RUMUS ZMP (ZERO MIND PROCESS):

• T = R ATAU 1 = ∞

A 0

• KETERANGAN:

T = TAUHID (PRINSIP TAUHID)

A = ABDI ALLAH

R = RAHMATAN LIL ‘ALAMIN

• ERTINYA: APABILA DIMASUKKAN NO. 1 PADA ‘T’, DAN NO. 0 (NOL) PADA ‘A’, MAKA NILAI ‘R’ “MENDEKATI TAK TERHINGGA”.

• NO. 1 APABILA DIBAHAGI NOL HASILNYA HAMPIR MENDEKATI TAK TERHINGGA.

• ERTINYA, APABILA KITA MENUHANKAN ALLAH YANG SATU (T) & MELETAKKAN DIRI SEBAGAI HAMBA, DENGAN MEN”ZERO”KAN DIRI KEPADA-NYA. ALLAH AKAN MENOLONG KITA DENGAN KEKUATAN-NYA YANG LUAR BIASA.

-PENJELASAN ARY GINANJAR (PENGASAS ESQ) TENTANG RUMUS ZMP

ARY MENJELASKAN RUMUS ZMP DAPAT DILIHAT PADA KISAH KAP. ABD. RAZAK & KISAH NABI MUSA DISELAMATKAN ALLAH DARI FIRAUN

Sanggahan:

• PERKARA LUAR BIASA YANG DIMAKSUDKAN OLEH ESQ INI BOLEH DITERJEMAHKAN SEBAGAI KARAMAH ATAU MA’UNAH.

• MENURUT AQIDAH ISLAM, KARAMAH DAN MA’UNAH ADALAH SESUATU YANG TIDAK BOLEH DITUNTUT DAN TIDAK MEMILIKI RUMUSAN KHUSUS SEPERTI MANA YANG CUBA DIPAPARKAN OLEH ESQ MELALUI RUMUS ZMP.

• RUMUSAN INI AKAN MEMBAWA FAHAMAN BAHAWA SEMUA PERKARA-PERKARA LUAR BIASA YANG BERLAKU SAMA ADA KEPADA PARA NABI ATAU WALI BOLEH DILAKUKAN OLEH SESIAPA SAHAJA MELALUI RUMUS ZMP.

Dalam Buku ESQ:


_______________________________________

Bukti (3)- TAFSIRAN SALAH TERHADAP AL-ASMA’ AL-HUSNA.

KENYATAAN ARY GINANJAR BERKENAAN SUARA HATI OLEH KERANA ESQ MENGANGGAP SUARA HATI MANUSIA ADALAH TERPANCAR DARI NAMA-NAMA ALLAH, ESQ CUBA MENAFSIRKAN NAMA-NAMA ALLAH SWT SESUAI DGN SIFAT-SIFAT MANUSIA

• DALAM SATU SIMULASI, SEORANG MODERATOR TAMPIL DENGAN MEMBAWA SEJAMBAK BUNGA KE HADAPAN PARA PESERTA LALU MEROSAKKAN BUNGA TERSEBUT SEDIKIT DEMI SEDIKIT.
LALU, MUNCUL SEORANG PESERTA WANITA LALU MERAMPAS BUNGA TERSEBUT DARIPADA TANGAN MODERATOR. KEMUDIAN MODERATOR ESQ MERUMUSKAN BAHAWA SUARA HATI MANUSIA AKAN BERTINDAK APABILA MELIHAT SIFAT-SIFAT ALLAH IAITU ’CANTIK’ YANG TERDAPAT PADA BUNGA TERSEBUT CUBA DIROSAKKAN. KEMUDIA MENDAKWA ITU TANDANYA SIFAT ALLAH ’CANTIK’ TERDAPAT DALAM DIRI MANUSIA.


RAKAMAN AUDIO MODERATOR ESQ:
“ APA SIFAT BUNGA TUAN-TUAN? INDAH. SIFAT SIAPAKAH ITU? ALLAH! SIFAT SIAPAKAH YANG DILINDUNGI? ALLAH! SIFAT SIAPAKAH YANG DIROSAKKAN? ALLAH! SEBETULNYA SIAPA YG DINODAI TUAN-TUAN? ALLAH!”

UCAPAN ‘MUQARRABIN’ DI SISI ESQ ADALAH MEMAHAMI KETINGGIAN GUNUNG EVEREST SEBAGAI SIFAT ALLAH YG MAHA TINGGI & KELUASAN ALAM SEBAGAI SIFAT ALLAH YG MAHA LUAS.
“MATAHARI ITU TUNDUK DAN TAAT KEPADA ALLAH,TUAN PUAN,APA KESIMPULANNYA? SEMUA YANG ADA DI ALAM SEMESTA INI SESUNGGUHNYA MEWAKILI SIFAT ALLAH, ITU CARANYA MEREKA TUNDUK DAN SUJUD KEPADA ALLAH! ”

ESQ JUGA MENDAKWA MANUSIA-MANUSIA ITU WAKIL SECARA LANGSUNG ALLAH.

ESQ MENAFSIRKAN SEMUA NAMA-NAMA ALLAH PADA DIRI MANUSIA TERMASUK NAMA-NAMA ALLAH YANG BERSIFAT KHUSUS BAGI ZAT-NYA SPT: AL-JABBAR, AL-MUTAKABBIR, AL-KHALIQ, AL-MUSAWWIR & AL-QAHHAR.

SANGGAHAN:


• KAEDAH MEMAHAMI AL-ASMA’ AL-HUSNA YG DIBENTANG OLEH ESQ BOLEH MEMBAWA (MUHIM) KEPADA INTIQAL @ HULUL @ ITTIHAD SIFAT ALLAH KE DALAM DIRI MANUSIA. IA BERDASARKAN PEMERHATIAN BERIKUT:-


• ESQ MENAFSIRKAN TIUPAN ROH (CIPTAAN) KU (ALLAH) SEBAGAI TIUPAN 99 NAMA/SIFAT ALLAH DALAM DIRI MANUSIA.

• ESQ MENYAMAKAN SIFAT ALLAH DENGAN SIFAT MAKHLUK SECARA MUTLAK SPT DLM SIMULASI SIFAT ‘CANTIK’ PADA BUNGA & SELURUH ALAM YG DIKATAKAN MEWAKILI SIFAT ALLAH

KAEDAH ESQ INI MENYALAHI AQIDAH BERDASARKAN HUJAH BERIKUT:-

• PENYANDARAN ROH KEPADA KATA GANTI NAMA AKU IAITU ALLAH ADALAH SEBAGAI PENGHORMATAN KEPADA KEJADIAN MANUSIA SEBAGAIMANA DIJELASKAN OLEH AL-QURTUBI. OLEH ITU ROH-KU BUKAN BERMAKSUD 99 SIFAT ALLAH SEPERTI YG DITAFSIR OLEH ESQ.

• MENYAMAKAN SIFAT ALLAH DGN SIFAT MAKHLUK SECARA MUTLAK MENYALAHI KAEDAH MEMAHAMI ASMA’ DAN SIFAT ALLAH SEBAGAIMANA DIJELASKAN OLEH AL-GHAZALI DLM AL-MAQSAD AL-ASNA SEPERTI BERIKUT:-

• PERSOALAN YANG TIMBUL: APAKAH YANG ESQ MAKSUDKAN APABILA MENGATAKAN 99 SIFAT ALLAH DITIUPKAN KE DALAM DIRI MANUSIA SEBAGAI FITRAH? ADAKAH IA ADALAH ‘AIN SIFAT ALLAH SWT?

• KAJIAN MENUNJUKKAN ESQ INGIN MENGATAKAN BAHAWA MANUSIA & ALAM MEWAKILI SIFAT2 ALLAH SECARA MUTLAK.

• NAMUN BEGITU ESQ CUBA MENYESUAIKAN MAKSUD NAMA-NAMA ALLAH ITU DENGAN MATLAMAT KURSUS IAITU MOTIVASI DIRI & KEPIMPINAN.

Ini bukti2nya tadi:






_____________

Bukti (4)- MENCAPAI KESEDARAN ROHANI MELALUI SUARA HATI.

SUARA HATI TERDAPAT PADA KESELURUHAN MANUSIA TANPA MENGIRA AGAMA DAN IANYA BERSIFAT UNIVERSAL. MANAKALA SOFTWARE BAGI SUARA HATI ITU IALAH NAMA-NAMA DAN SIFAT-SIFAT ALLAH SWT. SUARA HATI INI WUJUD APABILA ALLAH SWT MENIUPKAN KE DALAM DIRI SETIAP MANUSIA RUH CIPTAAN-NYA. MAKA SUARA HATI IALAH KUNCI SPIRITUAL.

ESQ MENDAKWA NABI MUHAMMAD SAW ADALAH PEMIMPIN YANG PALING KUAT BERPEGANG KEPADA SUARA HATI DAN LOGIK AKAL.

ESQMENDAKWA SOLAT ADALAH TUNTUTAN SUARA HATI & BUKANLAH UNTUK ALLAH NAMUN UNTUK KEPENTINGAN MANUSIA ITU SENDIRI.

SANGGAHAN:


• TAFSIRAN MAKNA ‘FITRAH’ DENGAN ‘SUARA HATI’ ADALAH MENYALAHI PARA ULAMA YANG MENAFSIRKANNYA DENGAN MAKNA ‘AGAMA ISLAM’.

• IA BERSESUAIAN DGN SABDA RASULULLAH SAW: “SETIAP BAYI DILAHIRKAN DALAM KEADAAN FITRAH (SUCI DAN BERSIH). MAKA, KEDUA IBU BAPANYA YANG MENJADIKAN ANAKNYA SEBAGAI YAHUDI, NASRANI ATAU MAJUSI.”

• MENJELASKAN HADITH INI, IMAM NAWAWI BERPENDAPAT PANDANGAN PALING SAHIH IALAH SETIAP BAYI YANG LAHIR DIBERI KECENDERUNGAN ATAU KESESUAIAN UNTUK MENERIMA ISLAM.

• PARA ULAMA SEPERTI ULAMA AL-AZHAR KETIKA MENJAWAB BERKENAAN DENGAN HADITH MEMOHON FATWA DARIPADA HATI TELAH MENJELASKAN BAHAWA IA TERBATAS KEPADA HATI YANG TERDIDIK DI ATAS DIDIKAN YANG BAIK, TETAPI SEKIRANYA TIDAK MAKA HATI TIDAK MAMPU MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENENTUKAN BAIK DAN BURUK SESUATU PERKARA.


• BERFATWA DENGAN HATI JUGA BERTENTANGAN DENGAN TUNTUTAN BERPEGANG KPD AL-QUR’AN DAN AL-HADITH. IMAM AL-QURTUBI MENJELASKAN PERKARA INI SEBAGAIMANA YANG BERLAKU KPD GOL. SUFÍ MELAMPAU YANG GEMAR MENGAMBIL HUKUM HANYA BERDASARKAN HATI. Rujuk:





______________________________

Bukti (5)- ESQ MENDAKWA MENCAPAI KEBENARAN MELALUI PENCARIAN (TERMASUK PARA NABI TANPA MENYEBUT PERANAN WAHYU).

MENDAKWA MANUSIA MAMPU MENEMUI KEBENARAN DENGAN PENCARIAN SEBAGAIMANA BERLAKU KEPADA NABI MUHAMMAD SAW, NABI IBRAHIM AS DAN NABI MUSA AS. NABI MUHAMMAD MENCARI DI GUA HIRA’, NABI IBRAHIM PULA MENCARI MAKNA DIRI DI SEBALIK BINTANG, BULAN DAN MATAHARI. MANAKALA NABI MUSA MENCARI SELAMA 40 HARI DI GUNUNG THUR SAINA.
PENGASAS ESQ, ARY GINANJAR TURUT MERASAI PENCARIAN YANG SAMA SEPERTI NABI-NABI ITU, OLEH ITU DIA INGIN BERKONGSI BERSAMA ORANG LAIN LALU MEMAPARKANNYA DALAM BENTUK DRAMA SINGKAT IAITU KURSUS INI:-

• KENYATAAN BAHAWA NABI MUHAMMAD, NABI IBRAHIM DAN NABI MUSA MENEMUI KEBENARAN ATAU KESEDARAN ROHANI MELALUI PENCARIAN/USAHA SENDIRI ADALAH BATIL.


• INI KERANA NABI-NABI TERSEBUT MENERIMA KEBENARAN DENGAN WAHYU ALLAH SWT DAN BUKAN DENGAN PENCARIAN DAN PENGALAMAN.


• إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى آَدَمَ وَنُوحًا وَآَلَ إِبْرَاهِيمَ وَآَلَ عِمْرَانَ عَلَى الْعَالَمِين


SANGGAHAN:


NABI MUHAMMAD PERGI KE GUA HIRA MELALUI WAHYU DARIPADA ALLAH SWT. IA JELAS DALAM HADITH YANG DIRIWAYATKAN DARIPADA ‘AISYAH R.A. : “MULA-MULA WAHYU ALLAH SWT DITURUNKAN KEPADA RASULULLAH SAW IALAH DALAM BENTUK MIMPI-MIMPI YANG KEBENARANNYA SETERANG CAHAYA SIANG HARI, LALU KECINTAAN BER-KHALWAT (MENGASINGKAN DIRI) DILIMPAHKAN ALLAH SWT KEPADANYA…


NABI IBRAHIM PULA BUKAN MENCARI DAN MENEMUI KEBENARAN DI SEBALIK BULAN & BINTANG. SEBALIKNYA PERISTIWA ITU BERLAKU SETELAH NABI IBRAHIM TELAH PUN DIUTUS MENJADI NABI DAN MENYAMPAIKAN RISALAH ALLAH. PERISTIWA ITU HANYA SEBAGAI HUJJAH UNTUK MENUNJUKKAN KEBENARAN ALLAH SWT KEPADA KAUMNYA SEBAGAIMANA YANG DIJAWAB OLEH IMAM FAKHRUDDIN AL-RAZI.


• MANAKALA PEMERGIAN NABI MUSA KE THUR SAINA’ BUKANLAH UNTUK PENCARIAN ATAS DIRI SENDIRI TETAPI IA MERUPAKAN JANJI ALLAH SWT KEPADA NABI MUSA UNTUK MENERIMA RISALAH ALLAH (TAURAT). SEDANGKAN KETIKA ITU NABI MUSA TELAH PUN MENJADI RASUL.


• PERBUATAN PENGASAS ESQ MENGIASKAN DIRINYA DENGAN PARA NABI DALAM PENCARIAN SPIRITUAL ADALAH SESUATU YANG SALAH KERANA PARA NABI ADALAH GOLONGAN YANG DIPILIH OLEH ALLAH SWT SECARA KHUSUS SEBAGAI UTUSANNYA.

Buktinya:



_____________________



Penjelasan2 Penyelewengan & Kesesatan ESQ:


a) Perkara-perkara aqidah yang eksklusif di dalam Islam cuba difahami secara inklusif melangkaui agama-agama lain memandangkan para perserta kursus terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dengan memutar-belit banyak perkara.


b) Menafsir secara salah terhadap kisah Nabi Muhammad SAW, Nabi Ibrahim AS dan Nabi Musa AS yang dikatakan mencapai kesedaran rohani melalui pencarian dan pengalaman.


c) Membimbing supaya para peserta menuruti suara hati kerana ia adalah punca kebenaran dan Ihsan memandangkan nama-nama dan sifat-sifat Tuhan terletak di dalam God Spot.


d) Mentafsirkan al-Asma al-Husna tanpa berteraskan disiplin ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenar, sebaliknya ESQ cuba memaksa dalam menterjemah nama-nama Allah bersesuaian dengan matlamat kursus iaitu untuk motivasi kepimpinan.


e) Mengemukakan tafsiran baru terhadap Iman, Islam dan Ihsan.


f) Mengadakan rumus ZMP yang didakwa punca manusia mendapat kekuatan atau perkara luar biasa.


g) Menganjurkan perbuatan-perbuatan ibadah Islam dengan disertai bersama oleh peserta bukan Islam.

Berdasarkan penghayatan dapatlah dinyatakan aspek penyelewengan ESQ ini:


1- Penyelewengan ESQ dari segi Akidah;



a) Mendakwa para Nabi mencapai kebenaran (kesedaran rohani) menerusi pengalaman dan pencarian (tanpa menyatakan peranan wahyu). Pengasasnya mengiaskan dirinya dengan para Nabi dalam pencarian mencari kebenaran sedangkan para Nabi dikurniakan wahyu oleh Allah SWT.


b) Menafikan eksklusivisme aqidah Islam dengan mengatakan bahawa rukun Iman, rukun Islam dan Ihsan bukan hanya eksklusif untuk umat Islam.


c) Mendakwa suara hati ialah punca kesedaran rohani (spiritual quotient/martabat ihsan) termasuk mendakwa Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin yang paling kuat berpegang kepada logika dan suara hati.


d) Tafsiran salah terhadap al-Asma’ al-Husna iaitu dengan mengatakan bahawa manusia dan seluruh alam adalah wakil 99 nama/sifat Allah SWT. ESQ mendakwa ‘fitrah’ bermaksud Allah SWT meniupkan 99 sifat-Nya ke dalam diri manusia. Di samping itu ESQ cuba menafsirkan semua nama-nama Allah SWT bersesuaian dengan matlamat kursus.


e) Mendakwa kekuatan luar biasa seperti mukjizat dan karamah boleh berlaku melalui rumus Zero Mind Process (ZMP). Dengan rumus ZMP ini, ESQ mengiaskan bahawa mukjizat Nabi Musa a.s. diselamatkan oleh Allah SWT daripada tentera Fir’aun boleh jua berlaku kepada orang lain iaitu seperti yang berlaku kepada juru terbang Kapten Abdul Razak.


2- Penyelewengan ESQ dari segi Syariah;


a) Mengadakan tafsiran baru terhadap Islam, Iman dan Ihsan dalam penjelasan berkenaan The ESQ Way 165 dengan diakhiri perbuatan memutar-belitkan ayat al-Qur’an “Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu...”.


b) Sujud dengan tidak menurut hukum syara’ serta diikuti bersama peserta bukan Islam.


c) Simulasi dengan melakukan perbuatan-perbuatan haji dengan disertai bersama peserta bukan Islam.


d) Mengambil pedoman daripada golongan yang tertolak seperti menerima teori Kod 19 yang dibawa oleh Rashad Khalifah dan pandangan-pandangan ahli falsafah Barat tentang makna kebenaran.

Berdasarkan kenyataan umat Islam yang mengikuti dan prihatin dengan isu kesesatan ESQ ini dapat dikumpulkan pandangan umat Islam berkaitan ESQ adalah seperti berikut:

a) Pendekatan menggunakan penemuan sains bagi membuktikan kebenaran al-Qur’an tidak sesuai kepada umat Islam tetapi hanya sesuai buat bukan Islam dan golongan tidak mendapat pendedahan agama.


b) Pendekatan meluahkan rasa hati secara histerikal, khususnya ketika memohon ampun kepada Allah di khalayak ramai dengan menceritakan dosa masing-masing kepada umum.


c) ESQ sebagai satu kursus penyucian diri dengan kenyataan moderator ESQ, ”Pada hari ini, kamu telah dimuliakan sama seperti para Nabi dan orang-orang yang mulia”. Ia mirip dengan konsep agama Kristian.


d) Muzik latar yang sentiasa digunakan walaupun ketika berdoa, bersujud dan membaca al-Fatihah.


e) Terdapat percampuran antara aktiviti keagamaan dan hiburan.


f) Terdapat ciri-ciri ketaksuban alumni ESQ terhadap Ary Ginanjar, ia dibimbangi melahirkan kumpulan seperti al-Arqam.


g) Terdapat ciri-ciri Batiniah dalam takwilan yang dibuat ke atas rukun Iman, Islam dan Ihsan demi menyesuaikannya dengan kehendak Barat.


h) Terjemahan ke atas Nama-nama dan Sifat-sifat Allah diterjemahkan dengan terjemahan yang longgar dan tidak tepat serta tidak mengambil manfaat daripada tafsiran Nama-nama dan Sifat-sifat Allah daripada para ulama mu’tabar.


i) Ayat-ayat al-Qur’an dan al-Hadith digunakan menurut faham dan kehendak moderator ESQ secara semberono ketika mereka cuba mengupas teori-teori yang dikemukakan oleh para sarjana Barat.


KURSUS ESQ YANG MENYELEWENG

Pada permulaan kursus, para moderator akan meminta kepada semua peserta supaya mengosongkan minda termasuk segala pengetahuan, pangkat dan kekayaan bagi memastikan hati mereka benar-benar dapat memahami apa yang akan dilalui. Perkara ini dinamakan sebagai zero mind process.

1. Menurut mereka, kursus ini tidak memerlukan sebarang catatan nota atau buku rujukan sebaliknya hanya mendengar, melihat dan memerhati melalui gambaran perjalanan yang akan dipaparkan. Bagi mereka, melalui pengalaman perjalanan hidup, manusia mampu untuk menemui kebenaran sebagaimana yang berlaku kepada tiga nabi besar iaitu Nabi Muhammad SAW, Nabi Ibrahim AS dan Nabi Musa AS. Menurut ESQ, proses pencarian makna diri itu telah dilakukan oleh Nabi Muhammad melalui lima tahun di Gua Hira’. Nabi Ibrahim pula selama bertahun-tahun mencari makna diri di sebalik bintang, bulan dan matahari. Manakala Nabi Musa pula mencari selama 40 hari di Gunung Thur Saina’. Di dalam bukunya, pengasas ESQ turut menjelaskan bagaimana beliau telah menemui makna dirinya melalui pengalaman hidupnya yang penuh berliku.

2. Kaedah yang digunakan, para peserta akan dipaparkan dengan dua bentuk perjalanan iaitu outer journey dan inner journey. Outer journey iaitu sebuah perjalanan mengembara ke angkasa lepas sehingga menembusi alam cakerawala setakat yang dapat dilihat oleh teleskop hubble. Melalui perjalanan ini moderator akan menjelaskan bagaimana kebenaran al-Qur’an tentang permulaan penciptaan alam semesta. Manakala inner journey pula merupakan perjalanan menyingkap jauh ke dalam diri manusia. Ia melihat bagaimana kejadian tubuh badan fizikal manusia sehingga sampai kepada satu titik yang dipanggil sebagai God Spot. Pada titik tersebut terdapatnya nilai-nilai spiritual pada seluruh manusia tanpa disedari oleh diri manusia itu sendiri.

Sanggahan:

Kenyataan bahawa kesedaran rohani (spiritual quotient) mampu dicapai melalui pengalaman adalah sesuatu yang agak meragukan. Ini kerana pengajaran seumpama ini boleh mengubah persepsi Islam terhadap ilmu. Bagi Islam pengalaman hidup hanyalah merupakan satu panduan agar manusia lebih berhati-hati tetapi ia tidak boleh dijadikan sumber mencapai tahap kesedaran rohani. Islam meletakkan ilmu sebagai punca untuk mencapai kesedaran rohani, oleh kerana itu golongan yang paling berilmu dianggap sebagai golongan yang amat bertaqwa kepada Allah, firman Allah di dalam surah Fathir ayat 28:

”Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah di kalangan hamba-hambaNya ialah orang-orang yang berilmu”.

Kenyataan bahawa ketiga-tiga nabi iaitu Nabi Muhammad, Nabi Ibrahim dan Nabi Musa menemui kebenaran atau kesedaran rohani melalui pencarian juga adalah tidak tepat. Ini kerana nabi-nabi tersebut menerima kebenaran dengan wahyu Allah SWT dan bukan dengan pencarian dan pengalaman. Di sini dikemukakan kebatilan hujah-hujah yang mengatakan para Nabi mencari sebelum menerima wahyu atau hidayah:-

a) Pencarian Nabi Muhammad SAW di Gua Hira’ : Kita tidak boleh mengatakan Nabi Muhammad menemui kebenaran dengan pencarian melalui usahanya sendiri sebaliknya ia merupakan wahyu daripada Allah SWT. Ia jelas dalam hadith yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah r.a. : “Mula-mula wahyu Allah SWT diturunkan kepada Rasulullah SAW ialah dalam bentuk mimpi-mimpi yang kebenarannya seterang cahaya siang hari, lalu kecintaan ber-khalwat (mengasingkan diri) dilimpahkan Allah SWT kepadanya. Ia pergi berkhalwat di gua Hira tempat ia beribadah kepada Allah SWT terus menerus selama beberapa malam sebelum kembali (atau ia ingin berjumpa dengan) keluarganya. Ia membawa bekal makanan untuk persediaan dan pulang menemui Khadijah (istrinya) untuk mengambil lagi bekal makanan hingga wahyu secara tiba-tiba diturunkan kepadanya pada saat ia masih berada di gua itu”.

b) Pencarian Nabi Ibrahim di sebalik bulan dan bintang : Nabi Ibrahim juga tidak boleh dikatakan menemui kebenaran melalui pencarian dan pengalaman. Ini kerana peristiwa yang digambarkan di dalam surah al-An’am ayat 76-78 bukan menunjukkan Nabi Ibrahim mencari dan menemui kebenaran hasil daripada usaha diri sendiri. Sebaliknya peristiwa itu berlaku setelah Nabi Ibrahim telah pun diutus menjadi nabi dan menyampaikan risalah Allah. Peristiwa itu hanya sebagai hujjah untuk menunjukkan kebenaran Allah SWT kepada kaumnya. Imam Fakhruddin al-Razi membentangkan hujah-hujah untuk mengatakan peristiwa tersebut berlaku setelah Nabi Ibrahim menjadi Rasul. Antara hujah beliau ialah seperti berikut:-


الحجة الأولى : أن القول بربوبية النجم كفر بالإجماع والكفر غير جائز بالإجماع على الأنبياء.

“Hujah pertama: Bahawa pendapat tentang ketuhanan bintang adalah kufur dengan ijma’, sedangkan kekufuran adalah sesuatu yang tidak harus secara ijma’ ke atas para Nabi”.

الحجة الثانية : أن إبراهيم عليه السلام كان قد عرف ربه قبل هذه الواقعة بالدليل . والدليل على صحة ما ذكرناه أنه تعالى أخبر عنه أنه قال قبل هذه الواقعة لأبيه آزر : { أَتَتَّخِذُ أَصْنَاماً ءالِهَةً إِنّى أراك وقومك في ظلال مبين } [الأنعام : 74].

“Hujah kedua: Bahawa Nabi Ibrahim a.s. sebenarnya telah mengenal tuhannya sebelum peristiwa ini dengan dalil (al-Qur’an). Dalil tentang kebenaran apa yang kami sebutkan ialah Allah SWT memberitahu tentangnya, bahawasanya beliau (Nabi Ibrahim) telah berkata sebelum peristiwa ini kepada bapanya, Azar: Adakah kamu mengambil berhala-berhala sebagai tuhan, sesungguhnya aku melihat kamu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-An’am)

الحجة الثامنة : أن هذه الواقعة إنما حصلت بسبب مناظرة إبراهيم عليه السلام مع قومه ، والدليل عليه أنه تعالى لما ذكر هذه القصة قال : { وَتِلْكَ حُجَّتُنَا ءاتيناها إبراهيم على قَوْمِهِ } ولم يقل على نفسه ، فعلم أن هذه المباحثة إنما جرت مع قومه لأجل أن يرشدهم إلى الإيمان والتوحيد . لا لأجل أن إبراهيم كان يطلب الدين والمعرفة لنفسه.

“Hujah kelapan: Bahawa peristiwa ini terjadi dengan sebab perdebatan antara Nabi Ibrahim a.s. dengan kaumnya. Dalil tentangnya bahawa Allah SWT ketika menyebut kisah ini berfirman: Dan demikian hujah kami, kami datangkannya kepada Ibrahim buat kaumnya. Ayat ini tidak menyebut buat dirinya sendiri, maka dimaklumi bahawa perbahasan ini berlaku dengan kaumnya untuk memberikan mereka petunjuk kepada iman dan tauhid. Bukan dengan kerana Ibrahim mencari agama dan pengetahuan bagi dirinya sendiri” [2].


c) Pencarian Nabi Musa di Thur Saina’ : Berkenaan Nabi Musa pula, pemergian Musa ke Thur Saina’ bukanlah untuk pencarian atas diri sendiri tetapi ia merupakan janji Allah SWT kepada Nabi Musa untuk menerima risalah Allah (taurat). Ia disebut dengan jelas di dalam surah al-A‘raf ayat 142-144:

“Dan Kami telah janjikan masa kepada Nabi Musa (untuk memberikan Taurat) selama tiga puluh malam, serta Kami genapkan jumlahnya Dengan sepuluh malam lagi, lalu sempurnalah waktu Yang telah ditentukan oleh Tuhannya empat puluh malam. dan berkatalah Nabi Musa kepada saudaranya Nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat): "Gantikanlah Aku Dalam (urusan memimpin) kaumku dan perbaikilah (Keadaan mereka sepeninggalanku), dan janganlah Engkau menurut jalan orang-orang Yang melakukan kerosakan”.

WALLAHU 'ALAM

www.abu-syafiq.blogspot.com

08 July, 2010

DISKUSI ILMU & DEBAT SUNNI vs WAHABI


TERKINI DAN TERBAIK...


PERBINCANGAN ILMIAH SERTA DEBAT SECARA LANGSUNG....


Demi mencari dan menegakkan kebenaran... Ahlu Sunnah Wal Jamaah Malaysia telah menyediakan bilik perbincangan dan perdebatan antara Ahlu Sunnah Wal Jamaah Malaysia berdebat dengan Syiah dan Wahhabiyah.


Perbincngan dan perdebatan ini adalah secara langsung terus dari bilik yang sesiapa sahaja dan dari mana tempat berada samaada di rumah, pejabat atau dimana-mana sekali pun dialu-alukan untuk masuk bilik ini bersama menjayakan, mendengar dan berkongsi ilmu islam .

* PERHATIAN...!


JADUAL PERBINCANGAN DAN DEBAT BERMULA JAM 9.30 MALAM WAKTU MALAYSIA PADA SETIAP HARI TERUTAMA JUMAAT, SABTU DAN AHAD (waktu panas).

*Bagi sesiapa yang hanya mahu perdebatan di Yahoo Messenger YM sila addkan id: abu_syafiq1 dan kemudian pm id tersebut untuk anda dibawa ke bilik perbincangan.


Atau mengunakan cara ini:

1- Download: www.paltalk.com .


2- Daftar nama anda (sekiranya tidak pernah mempunyai id paltalk).


3- Buka Paltalk Messenger.


4- Login Paltalk dengan taip nama pendaftaran (nickname) dan password anda.


5- Dikotak Paltalk tersebut anda klik pada Chat Rooms.


6- Klik pada Rooms.


7- Taipkan: ' Islam Malaysia ' dalam kotak yang tertulis Search for a Chat Room . Atau anda pilih dengan klik pada kotak ' Religion & Spirituality ' kemudian klik pada kotak ' Islam ' maka akan ada antara senarai ' Islam Malaysia ' dan anda klik padanya. Selamat mencuba dan selamat berbincang.




*Sila Addkan id: abu_syafiq1 untuk kemudahan ketika jadual.


*Kini SETIAP HARI Jam 9.30 Malam Waktu Malaysia.


*Harap pastikan komputer anda mempunyai mic untuk perbualan dan speaker untuk mendengar perdebatan. Sekiranya tidak anda boleh menaip dalam bilik tersebut.


* Penyertaan dari pengamal Syiah, Wahhabiyah dan apa-apa sahaja ajaran yang menyandarkan kepada Islam amat dialu-alukan.
* Debat dan perbincangan adalah mengunakan bahasa melayu.

_____________________________________


* Sekiranya room tidak dibuka maka anda tidak boleh masuk. Sila hubungi atau sms :
012-2850578 untuk maklumat lanjut mengenai room.
Sila war-warkan demi mencapai kebenaran dalam agama islam yang sebenar.

*Bagi sesiapa yang hanya mahu perdebatan di Yahoo Messenger YM sila addkan id: abu_syafiq1 dan kemudian pm id tersebut untuk anda dibawa ke bilik perbincangan.


Wassalam.

29 June, 2010

Dr. Asri & Liwat

Mohd Asri Zainul Abidin yang mendakwa ramai ulama islam halalkan amalan liwat. Sedangkan Rasulullah bersabda : " Laknatlah sesiapa yang menyetubuhi isterinya di duburnya (liwat)". Hadith riwayat Abu Daud.

Malangnya Dr. Asri mendakwa ramai ulama yang menghalalkan amalan liwat kononnya atas dasar hadith Nabi yang melarang amalan liwat itu adalah hadith yang ditolak -katanya.

Mengapa Asri mendakwa sedemikian? Adakah kerana dia melakukan liwat? Tahukah dia bahawa tidak ada ulama Islam pun yang menghalalkan liwat?! Bukan semua sandaran itu adalah dikira kata-kata ulama tersebut. Akibat Asri gagal menghayati pemahaman kitab feqh secara detail dengan membezakan antara sandara yang benar atau tidak maka Asri telah mendakwa amalan liwat khususnya meliwati isteri masing-masing adalah diharuskan oleh ulama Islam- dakwanya.

Selain dalam banyak kenyataan Asri yang mendakwa sedemikian anak-anak muridnya yang mungkin menyukai amalan itu turut menukilkan bahawa gurunya (Asri) mengatakan ramai ulama-ulama Islam yang menghalalkan liwat. Sila rujuk kenyataan di bawah Asri halalkan liwat?:



Asri Hasrat Liwat Mahathir? (klik)

28 June, 2010

Tawaran Debat Lagi. Buat Fadhlan Othman Al-UMNO



VIDEO DEMOTRASI Wahabi Militan

ASSALAMU'ALAIKUM.

SAYA (ABU SYAFIQ) DENGAN INI MENGISYTIHARKAN TAWARAN BERDEBAT ISU AKIDAH ISLAM KEPADA AL-HAQIR FADHLAN BIN MOHD OTHMAN YANG BARU MASUK UMNO BARU-BARU INI. TETAPI PERDEBATAN BUKAN DALAM ISU POLITIK CUMA DALAM PERMASAALAHAN AKIDAH ISLAM SAHAJA. PERDEBATAN ATAU PERBINCANGAN BERSAMA SAYA BOLEH DIBUAT SECARA TERBUKA ATAU TERTUTUP BERSAMA RAKAMAN ATAU TIDAK, SORANG-SORANG ATAU BERKUMPULAN. IA TERPULANG PADANYA.

Sebelum ini saya pernah tawarkan perdebatan & perbincangan dengan Rasul Dahri Al-Wahhabi dan dia telah berjanji seminggu selepas kami berbincang melalui telefon perdebatan akan diadakan tetapi sekarang sudah 3 bulan saya tunggu dari tarikh tersebut dia masih lari dan takut.

Tujuan dari tawaran perdebatan saya itu adalah meningkatkan ilmu dan mencari kebaikan lebih bukan permusuhan yang melampau. Mungkin wujud kebaikan antara beberapa pandangan yang berbeda setelah perbincangan.

SILA SAHUT CABARAN INI!

Jika dia setuju sila hubungi saya terus melalui H/p saya sendiri: 012-2850578 untuk ketetapan masa&tempat.

Wassalam.

Saya tunggu.

Abu Syafiq Al-Asy'ary.

26 June, 2010

40 Penyamun Tarbus Masuk UMNO! (mereka RUWAIBIDAH WAHABIAH)


40 orang yang ngaku 'ulama' itu sebenarnya adalah PENYAMUN TARBUS...40 budak penyamun tarbushsh...

Sebenarnya saya jarang mencoretkan isu politik disini. Tetapi melihat keadaan yang amat lucu berlaku terminat juga untuk melebarkan pena mengukir kata.

Pada mulanya diperkatakan 100 orang 'ulama' masuk politik. Kemudian bilangan itu mengurang pula kepada 40 orang, aduish...rugi2.. akhirnya yang pasti mereka itu pula bukanlah ulama pun tetapi diri mereka sendiri mendabik dada dakwa ulama plak. Yang kelakar pemimpin plak percaya. Bilamasa plak kanak hingusan ditabalkan ulama? Alahai...Inilah kebenaran sabda Nabi bahawa akan terbit geng 'budak-budak' kecil bercakap pasal agama pada perkara yang mereka jahil, nabi kata mereka adalah bernama Al-Ruwaibidhoh.

Paling malang antara mereka sampai peringkat ditanya pasal bulan kelender Islam pun tidak tahu. Antara mereka juga pernah belajar dan menadah kitab dengan saya. Semoga ilmu yang pernah saya curahkan memberi keinsafan dan kebaikan buat mereka bahkan wujud antara mereka yang sampai ke peringkat membuang tulisan agama yang tertera nama Allah ke dalam tong sampai yang kotor dengan keadaan amat membenci (amalan ini kalau rujuk mazhab 4 ia adalah perbuatan murtad). Antara mereka pernah berdebat dengan saya mempertahankan agama Wahabi bila saya bawa bukti dia senyap, Antara mereka ada yang dakwa Allah ada GIGI. Antara mereka ada yang di'hadiahkan' anak dara oleh seseorang yang keluarganya dikatakan ada kaitan dengan keganasan, bertumbuk dan dadah. adui..Saya kenal mereka.

UMNO perlu tahu mereka masuk UMNO untuk memperalatkan UMNO bagi menyebar dakyah mereka (wahabi) yang telah pun ditolak & tidak diamalkan di Malaysia oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Walaupun keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan difahami ketika perbincangan faham Wahabi hanya berkisarkan dalam masaalah furu' cabangan dan bukan usul aqidah khususnya kes tajsim, zahir ayat mutasyabihaat, takfir, tabdi' dan sebagainya dari perkara pokok agama tetapi Wahabi tetap ditolak oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (itu belum bincang isu usul aqidah lagi)dan pemimpin UMNO perlu tahu mereka 40 orang itu adalah bak PENYAMUN TARBUSHhhsshh..!

40 ekor dah masuk. Ketua penyamun Asri Wahabi bila lagi. Aku nak tutup blog kalau dia masuk.


Tan Sri P.Ramlee rupanya sejak 60an lagi sudah gambarkan pada kita prihal 40 orang penyamun yang mengaku ulama tu tapi sebenarnya adalah Al-Ruwaibidhah.

Lirik lagu Hoi Hoi Ya Hoi Ali Baba Bujang Lapok ( lagu penyamun ) Ali Baba Bujang Lapok


Lirik Hoi Hoi Ya Hoi ( lagu penyamun ) :

Hoi hoi ya hoi hoi hoi ya hoi hoi hoi ya hoi
Hoi ya hoi ya hoi ya hoi
Hoi hoi ya hoi hoi hoi ya hoi
Hoi ya hoi ya hoi ya hoi

hoi hoi ya hoi
Kita semua gembira hoi hoi ya
pulang dapat harta
Uang berjuta intan permata

Mari kita lekas ke gua
bawa harta semua
janganlah tunggu lama2
simpan lah segera

hoi hoi ya hoi
Kita semua gembira hoi hoi ya
pulang dapat harta
Uang berjuta intan permata
Uang berjuta intan permata
Uang berjuta intan permata

25 June, 2010

Asri&Kuncu2nya Al-Wahabi Memang Pengganas Pun




Apa nak heran. Orang tanya betul ke Dr. Asri tu pengganas? Lahai. Memang pengganas pun. Geng-geng dia pun pengganas. Janganlah ingat pengganas itu yang hanya pegang senjata dan sembelih orang jek.

Wahabi pun pengganas dan militan jugak. Kaji pemikiran mereka sebijik sama dengan pemikiran kebanyakan JI, militan dan pengganas yang angkat senjata dan bunuh orang tu. Pengganas & militan yang sudah sampai angkat senjata bunuh orang itu adalah terhasil dari pemikiran yang sama dengan Wahhabi lah. Wahhabi dalam sejarah membunuh umat Islam termasuk ibu dan bayinya yang masih dalam dukungan ibunya. Belambak sejarah sahih menyatakan kekejaman Wahhabi ini. Tidak cukup ke sejarah membuktikan Wahabi adalah pengganas dan sejarah siap sebut dengan jelas nama golongan yang pengganas itu adala WAHHABI.

Wahhabi pun bunuh ulama Islam. Belambak ulama Islam dibunuh oleh Wahabi termasuk para Mufti islam pun dibunuh oleh Wahabi. Ulama juga tidak tertinggalan dibunuh oleh Wahabi pengganas. Jika dikatakan pembunuh itu tidak Wahabi atau dia sendiri tidak mengaku sebagai Wahabi bila dikaji pemikirannya adalah Wahabi.

Tak payahlah rungsing Wahabi tu pengganas atau tidak. Sudah cukup Tuan Guru Abdullah Fahim mewakili ulama-ulama Malaysia menyatakan bahawa pemikiran Wahabi adalah Khawarij dan seluruh pengkaji tahu bahawa Khawarij itu adalah militan & pengganas.

Tiada seorang pun ulama Islam yang cerdik menafikan bahawa kebanyakan militan, radikal dan pengganas yang guna nama Islam itu wujud berpemikiran Wahabi. Ya! Wahabi, Dr. Asri dan kuncu-kuncunya adalah pengganas! (berpemikiran ala pengganas). Dalam Blog ini bersepah banyaknya segala bukti.

Wassalam.

24 June, 2010

Asri Masuk UMNO kita tutup semua BLOG ! -mission has been completed and was successful

Wa akhiran yang dinantikan. Keberjayaan yang dinanti mungkinkah kan tiba. Nantikan kejutan tergempar. Tapi kenapa 40 orang pula? hari tu kata 100 orang? 60 lagi masuk parti lain plak ke? Aduish. Rugi-rugi.






Mengapa Dr. Asri masuk UMNO? -link

23 June, 2010

Fatwa 100 Ulama: Wahabi Adalah Militan&Pengganas (BERBUKTI)

SEBAHAGIAN ORANG JAHIL DITIPU OLEH PENJAHAT WAHABI KONONNYA WAHABI ADALAH JEMAAH YANG ADIL, TIDAK CEPAT MENGHUKUM ORANG, IKUT SUNNAH, TAAT PADA PEMIMPIN, BERILMU DAN BAGUS SETARAF DENGAN SAHABAT NABI. Fuh!

BOHONG ! DAN DUSTA ! PENGKHIANAT ALLAH TIADA LAIN KECUALI WAHHABI. KAMI YANG MENGKAJI MENDAPATI WAHABI GEMAR MENGKAFIRKAN ULAMA ISLAM DAN UMAT ISLAM. PEMIMPIN ISLAM SEMUANYA DIHUKUM OLEH WAHHABI SEBAGAI KAFIR HALAL UNTUK DIBUNUH. TIDAK CUKUP DENGAN ITU SEJARAH KEZALIMAN DAN KEKEJAMAN WAHHABI TERHADAP ULAMA ISLAM DAN UMAT ISLAM MASIH MENGALIR BAHANG PANASNYA DARAH MEREKA DISETIAP DETIK KEHIDUPAN KAMI. SIAPA AKAN MEMBAYAR DARAH ITU?!

WALLAHI YA IKHWAN! KITA AHLI SUNNAH TIDAK PERNAH MENJENTIK SEORANG PUN WAHHABI WALAUPUN RATUSAN ULAMA DAN PULUHAN RIBU UMAT ISLAM DIBUNUH OLEH WAHHABI. KITA TIDAK MEMBALAS WALAUPUN DARAH PARA ULAMA ISLAM YANG DIBUNUH WAHABI TIDAK DIBAYAR. YANG KITA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH MAHUKAN ADALAH KEHARMONIAN DAN KEMANTAPAN AKIDAH UMAT ISLAM DAN MEMBERI PERINGATAN AGAR TIDAK TERPENGARUH DENGAN WAHABI MILITAN INI.

Fatwa Khas Ulama-ulama Terkenal Bahwa Wahabi Adalah Militan, Pengganas, Radikal dan Perosak Agama Islam Dan Umat islam:-

1- Dr. Syeikh Ahmad Toyyib Syeikh Akbar Al-Azhar Universiti menyatakan bahawa pandangan seluruh ulama Al-Azhar yang mewakili ribuan ulama Al-Azhar mengfatwakan bahawa Wahabi adalah MILITAN & PENGGANAS. Rujuk:



2- Dr. Syeikh Ali Jumah Mufti Mesir menyatakan bahawa Wahabi itu ada kaitan dan jaringan yang besar dengan militan&pengganas. Rujuk:



3- Dr. Syeikh Ramadhan Al-Bouty fatwakan bahawa Wahabi adalah militan & pengganas yang merupakan agent kafir Britain dihantar untuk merosakkan Islam dari dalam. Rujuk:




4- Dr. Yusuf Qardawi menghukum Wahabi Salafi sebagai PENGGANAS & MILITAN memerang&membunuh umat Islam, kafir Yahudi pula dibiarkan. Rujuk: ( http://abu-syafiq.blogspot.com/2010/06/pengkhianatan-wahhabi-tahrir-di.html )



Video kenyataan Yusuf Qardawi dalam tv Al-Jazeerah.

Berkata Dr. Yusuf Qardawi apabila ditanya mengenai peperangan yang berlaku antara HAMAS dan WAHHABI (Masjid Ibnu Taimiah&Golongan Ansarrullah&SalafiyyahWahhabiyyah)

Dr. Yusuf Qardawi menjawab:

" Saya amat yakin bahawa HAMAS dalam melawan tindakan terhadap golongan itu (Wahhabiiyyah Salafiyyah) HAMAS telah melakukan sesuatu yang amat benar, HAMAS telah banyak kali menasihat jemaah tersebut ( SalafiyyahWahhabiyah) agar tidak menyerang saudara Umat Islam, memadai umat Islam menentang dan meyerang Yahudi Israeil sahaja bukan bergaduh sesama sendiri.

HAMAS telah banyak kali membawa para ulama dan pemerintah Islam berbincang dengan jemaah ini (SalfiyyahWahhabiyya) tetapi mereka (Wahhabi) tidak mempedulikan dan tidak pandai/ Mereka (SalafiyyahWahhabiyyah) itu tidak pandai mengenai Fiqh Jihad sama sekali. Kepada merekalah saya tujukan kitab Fiqh Jihad. Kerana mereka (SalafiyyahWahhabiyyah) memahami fiqh jihad itu adalah memerangi umat Islam. Buktinya ketikamana Yahudi merampas Gaza kita langsung tidak mendapati mereka (salafiyyahWahhabiyah) itu membantu umat Islam Palestin samaada secara pergorbanan,peperangan atau apa-apa sumbangan mereka langsung tidak ada terhadap umat Islam di Gaza yang diserang Yahudi.

Malangnya kita dapati mereka (SalafiyyahWahhabiyyah) menyumbangkan pembunuhan dan peperangan keatas umat Islam pula. Mereka mendakwa mahukan Daulah Islamiah atau Khilafah Islamiah. Apa ini?! Merdeka dahulu Palestin baru kita bicara mengenai itu semua!. Kita dapati mereka (SalafiyyahWahhabiyah) di Palestin bila tokoh mereka berkhutbah sehingga sampai mengangkat senjata dengan pakaian serba hitam, ini adalah suasana yang tidak sepatutnya...."- TAMAT KENYATAAN DR.YUSUF QARDAWI.

5- Ulama Malaysia Tuan Guru Abdullah Fahim mewakili seluruh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia yang bilangannya jutaan atau lebih mengatakan bahawa Wahabi itu militan, pengganas dan KHAWARIJ. Rujuk: Jabatan Agama islam Pulau Pinang Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2); Terbitan Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan; Cetakan Tahun 1996; Halaman 37 dan 38.

Selebihnya lagi ulama bersama karangan mereka yang mengfatwakan bahawa Wahabi adalah MILITAN dan Pengganas serta Khawarij…:

6- Fasl al-Khitab fi Radd ‘ala Muhammad ibn Abdil Wahhab oleh Syaikh Sulaiman ibn Abdil Wahhab. Inilah merupakan kitab yang pertama yang menolak fahaman Wahhabi yang ditulis oleh saudara kandung pengasas fahaman Wahhabi.

7- As-Sowa’qul Ilahiyyah fi Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Syaikh Sulaiman ibn ‘Abdul Wahhab al-Najdi.

8- Fitnah al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan (kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaluddin ar-Rembawi)

9- Ad-Durarus Saniyah fi al-Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan (kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu, maaflah ambo lupa tajuknya)

10- Khulasatul Kalam fi Bayani 'Umara` al-Balad al-Haram karangan al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan

11- Saif al-Jabbar oleh Syaikh Fadhlur Rasul

12- Al-Aqwal al-Mardiyyah fi al-Radd 'ala al-Wahhabiyyah oleh al-Syaikh al-Faqih 'Atha' al-Kasam al-Dimashqi al-Hanafi

13- Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Sholeh al-Kuwaisy al-Tunisi

14- Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Abu Hafs Umar al-Mahjub

15- Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Muhammad Sholeh al-Zamzami al-Syafie

16- Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Ibrahim ibn Abdul Qadir al-Tarabulasi al-Riyahi al-Tunisi

17- Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Mufti Madinah Zubir di Bashrah - Syaikh Abdul Muhsin al-Asyniqiri al-Hanbali

18- Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Mufti Fez - Syaikh al-Makhdum al-Mahdi

19- Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Qadhi Jamaa’ah di Maghribi - Syaikh Ibn Kiran

20- Ar-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh Syaikhul Islam Tunisia- Syaikh Ismail al-Tamimi al-Maliki

21- Ar-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh Syaikh Ahmad al-Misri al-Ahsa’i

22- Ar-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh al-‘Allamah Barakat al-Syafie al-Ahmadi al-Makki

23- Ar-Radd ‘ala Muhmmaad ibn Abdil Wahhab karangan Muhammad ibn Sulaiman al-Kurdi asy-Syafie, guru dan syaikh bagi Ibn ‘Abdul Wahhab. Disebut oleh Ibnu Marzuq asy-Syafie: Syaikhnya ini telah berfirasat bahwa dia akan menjadi orang yang sesat dan meyesatkan seperti mana firasat syaikhnya Muhammad Hayat as-Sindi dan dan ayahnya [ayahnya Muhammad ibn ‘Abdul Wahhab].

24- At-Taudhih ‘ala Tauhid al-Khallaq fi Jawab Ahli al-Iraq ‘ala Muhammad ibn ‘Abdul Wahhab karangan Syaikh ‘Abdullah Affendi al-Rawi

25- Al-Haqiqah al-Islamiyah fi ar-Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Abdul Ghani ibn Sholeh Hamadah.

26- Ad-Dalil Kafi fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabi oleh Syaikh Misbah ibn Muhamad Syabqalu al-Beiruti

27- Radd Muhtar ‘ala Durr al-Mukhtar oleh Ibn ‘Abidin al-Hanafi al-Dimasyqi

28- Al-Haq al-Mubin fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyin oleh Syaikh Ahmad Sa’id al-Faruqi al-Sirhindi al-Naqsyabandi
29- Al-Haqaiq al-Islamiyah fi Radd ‘ala Maza’im al-Wahhabiyyah bi Adillah al-Kitab wa al-Sunnah al-Nabawiyyah oleh Syaikh Malik ibn Syaikh Mahmud.

30- Ar-Rudud ‘ala Muhammad ibn Abdul Wahhab oleh al-Muhaddits Sholeh al-Fullani al-Maghribi. Telah berkata Sayyid ‘Alawi ibn Ahmad al-Haddad bahwa kitab yang besar ini mengandungi risalah dan jawapan daripada para ulama’ mazhab yang empat, Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali dalam menolak pendapat/fahaman Muhammad ibn Abdul Wahhab.

31- Ar-Radd ‘ala Muhammad ibn Abdul Wahhab oleh Syaikh Abdullah al-Qudumi al-Hanbali al-Nablusi

32- Risalah fi Musyajarah baina Ahl Makkah wa Ahl Nadj fil ‘Aqidah oleh Syaikh Muhammad ibn Nasir al-Hazimi al-Yamani

33- Sa’adah ad-Darain fi ar-Radd ‘ala Firqatain – al-Wahhabiyyah wa Muqallidah al-Zhahiriyyah oleh Syaikh Ibrahim ibn Utsman ibn Muhammad al-Samhudi al-Manshuri al-Misri

34- Al-Saif al-Batir li ‘Unuq al-Munkir ‘ala al-Akabir oleh al-‘Allamah al-Habib ‘Alwi bin Ahmad bin Hasan bin Quthubul Irsyad al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Haddad.

35- As-Suyuf al-Masyriqiyyah li Qat’ie A’naaq al-Qailin bi Jihah wa al-Jismiyah oleh Syaikh ‘Ali ibn Muhammad al-Maili al-Jamali al-Tunisi al-Maghribi al-Maliki

36- Raudh al-Majal fi al-Radd ‘ala Ahl al-Dholal oleh Syaikh Abdurrahman al-Hindi al-Delhi al-Hanafi

37- Sidq al-Khabar fi Khawarij al-Qarn al-Tsani Asyara fi Itsbathi ‘an al-Wahhabiyyah min al-Khawarij oleh Syaikh al-Syarif ‘Abdullah ibn Hassan Basya ibn Fadhi Basya al-‘Alawi al-Husaini al-Hijazi

38- Al-Minhah al-Wahbiyyah fi Raddi al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Daud bin Sulaiman al-Baghdadi an-Naqsyabandi al-Khalidi

39- Al-Haqaaiq al-Islamiyyah fi ar-Raddi ‘ala al-Mazaa’im al-Wahhabiyyah bi Adillah al-Ktab wa as-Sunnah an-Nabawiyyah oleh al-Hajj Malek Bih ibn Asy-Syaikh Mahmud, Mudir Madrasah al-‘Irfan, Kutbali, Mali

40- Misbah al-Anam wa Jala-uz-Zhalam fi Raddi Syubah al-Bid’i an-Najdi Allati Adhalla biha al-‘Awwam oleh al-‘Allamah al-Habib ‘Alwi bin Ahmad bin Hasan bin Quthubul Irsyad al-Habib ‘Abdullah bin ‘alwi al-Haddad. Di dalam kitab ini, pada halaman 3, beliau berkata bahawa kesesatan Muhammad bin 'Abdul Wahhab telah disampaikan oleh ramai ulama secara tawatur dalam tulisan-tulisan mereka daripada orang-orang yang tsiqah dari kalangan ulama-ul-akhyar (terpilih) dan selain mereka, yang telah melihat dengan matanya sendiri dan mendengar dengan telinganya sendiri akan kesesatan Muhammad bin 'Abdul Wahhab dan pengikut-pengikutnya dan juga dari tulisan-tulisan, perkataan, perbuatan dan perintah Muhammad bin Abdul Wahhab dan pengikut-pengikutnya. Pada halaman 15, al-Habib berkata: Aku telah diberitahu oleh seorang tua yang bersinar wajahnya kerana kesholehannya dan sudah melebihi 80 tahun umurnya, salah seorang pemuka kita keluarga Abu 'Alawi yang lahir dan membesar di Makkah dan kerap berulang alik ke Madinah. Nama beliau Musa bin Hasan bin Ahmad al-'Alawi berketurunan Sayyidina 'Uqail bin Salim, saudara Sayyidina Quthubus-Syahir asy-Syaikhul Kabir Abu Bakar bin Salim. Beliau berkata:- "Aku dahulu berada di Madinah belajar kepada asy-Syaikh Muhammad Hayat (as-Sindi al-Madani). Muhammad bin 'Abdul Wahhab juga berulang-alik ke majlis Syaikh Muhammad Hayat seperti murid-murid lainnya. Aku mendengar daripada orang-orang sholeh dan ulama, sebagai kasyaf daripada mereka, firasat mereka mengenai Muhammad bin 'Abdul Wahhab di mana mereka menyatakan bahawa dia akan sesat dan menyesatkan Allah dengannya orang yang dijauhkan dari rahmatNya dan yang dibinasakanNya"

41- An-Nuqul as-Syar’iyyah fi Raddi ‘alal Wahhabiyyah oleh Hasan ibn ‘Umar ibn Ma’ruf as-Shatti al-Hanbali

42- Nasiha li Ikhwanina Ulama Najd oleh as-Sayyid Yusuf ibn Sayyid Hasyim ar-Rifaie

43- Tahakkum al-Muqallidin bi Mudda`i Tajdid ad-Din karangan Syaikh Muhammad bin 'Abdur Rahman bin 'Afaliq al-Hanbali, seorang ulama yang sezaman dengan Muhammad ibn Abdul Wahhab dan telah mencabar keilmuannya sehingga Ibnu 'Abdul Wahhab membisu seribu bahasa
44- Saiful Jihad li Mudda`i al-Ijtihad karangan Syaikh 'Abdullah bin 'Abdul Lathif asy-Syafi`i

45- Tarikh al-Wahhabiyyah oleh Ayyub Sabri Pasha (meninggal dunia tahun 1308H/1890M). Beliau adalah merupakan Laksamana Armada Laut di zaman pemerintahan Sultan ‘Abdul Hamid Khan II. Kitab karangan beliau ini menceritakan tentang Wahhabi secara terpeinci. Sebahagian kandungan kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan tajuk Faham Wahhabi dan Penyelewengannya. Beliau juga merupakan pengarang kitab Mir’ah al-Haramain

46- Faydul Wahhab fi Bayan Ahl al-Haq wa Man Dhalla 'an ash-Shawab karangan Syaikh 'Abdur Rabbih bin Sulaiman asy-Syafi`i

47- As-Sarim al-Hindi fi 'Unuqin-Najdi karangan Syaikh 'Atha` al-Makki;

48- As-Sarim al-Hindi fi Ibanat Tariqat asy-Syaikh an-Najdi karangan Syaikh 'Abdullah bin 'Isa bin Muhammad as-San`ani

49- Al-Basha`ir li Munkiri at-Tawassul ka Amtsal Muhammad ibn Abdul Wahhab karangan Syaikh Hamd-Allah ad-Dajwi

50- Risalah Irsyadul Jaawiyyin ila Sabilil 'Ulama-il-'Aamiliin karangan Tuan Guru Haji 'Abdul Qadir bin Haji Wangah bin 'Abdul Lathif bin 'Utsman al-Fathoni

51- Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar al-Asy’ari [pelopor fahaman Wahabi di Perlis] karangan Syaikh Abdul Qadir bin ‘Abdul Muthalib al-Mandili

52- Tajrid Saif al-Jihad li Mudda’I al-Ijtihad karangan Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdul Lathif asy-Syafie. Beliau menolak pendapat Muhammad bin ‘Abdul Wahhab ketika hayatnya.

53- Al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab karangan Syaikh Abdul Qadir bin ‘Abdul Muthalib al-Mandili

54 Kitab Senjata Syari'at karangan Ustaz Abu Zahidah bin Haji Sulaiman dan Abu Qani'ah Haji Harun bin Muhammad as-Shamadi al-Kalantani. Kitab ini telah ditaqridz oleh Syaikh 'Abdullah Fahim, Tuan Guru Haji Ahmad bin Tuan Hussin Kedah dan Tuan Guru Haji 'Abdurrahman Merbuk, Kedah.

55- Al-Fajr ash-Shodiq fi al-Radd ‘ala al-Maariq karangan Syaikh Jamil Affendi Shodiqi az-Zuhawi.

56- Al-Ushul al-Arba’ah fi Tardid al-Wahhabiyyah/ Al-‘Aqaid as-Shohihah fi Tardid al-Wahhabiyyah karangan Muhammad Hasan, Shohib al-Sirhindi al-Mujaddidi.

57- Al-Awraq al-Baghdadiyyah fi al-Jawabat an-Najdiyyah karangan Syaikh Ibrahim ar-Rawi al-Baghdadi.

58- Al-Bara’ah min al-Ikhtilaf fi ar-Radd ‘ala Ahli asy-Syiqaq wa an-Nifaq wa ar-Radd ‘ala Firqah al-Wahhabiyyah al-Dhallah karangan Syaikh Zainul ‘Abidin as-Sudani.

59- Al-Barahin as-Sati’ah karangan Syaikh Salamah al-‘Azzami

60- Risalah fi Ta’yid Madzhab as-Sufiyyah wa ar-Radd ‘ala al-Mu’taridhin ‘Alaihim karangan Syaikh Salamah al-‘Azzami

61- Risalah fi Jawaz at-Tawassul fi ar-Radd ‘ala Muhammad ibn ‘Abdil Wahhab karangan al-‘Allamah Syaikh Mahdi al-Wazaani, Mufti Fez, Maghribi.

62- Risalah fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah karangan Syaikh Qasim Abi al-Fadhl al-Mahjub al-Maliki

63- Al-Risalah ar-Raddiyyah ‘ala at-Tho’ifah al-Wahhabiyyah karangan Syaikh Muhammad ‘Atholah yang dikenali sebagai Ato ar-Rumi

64- ‘Iqd Nafis fi Radd Syubhat al-Wahhabi al-Ta’is karangan Syaikh Ismail Abi al-Fida` at-Tamimi at-Tunisi. Beliau adalah seorang yang faqih dan ahli sejarah.

65- Al-Madarij as-Saniyyah fi Radd al-Wahhabiyyah karangan Maulana Aamir al-Qadiri, guru di Darul Ulum al-Qadiriyyah, Karachi, Pakistan

# Dan banyak lagi kitab dan kenyataan ulama yang menolak fahaman Wahhabi yang ditulis ulama sejak dari tercetusnya fahaman ini. Dan sampai sekarang pun masih ada ulama yang menulis kitab untuk menolak fahaman Wahhabi dan menyifatkan Wahabi sebagai MILITAN dan PENGGANAS.

Dr Asri & 100 Jahil Masuk UMNO Kerana Ini...:

Mohd Asri Al-Wahhabi bersama 100 para Juhala berhasrat memeluk UMNO kerana tiga perkara ini:-

1- (PAS) KERANA DATO SERI NIK ABDUL AZIZ MENYOKONG AMALAN TAWASSUL&TABARRUK SERTA MENGHUKUM SESAT SESIAPA YANG MENENTANG AMALAN TAWASSU&TABARRUK SEDANGKAN DR. ASRI AL-WAHHABI MENGKAFIRKAN&MENENTANG SESIAPA YANG MENGAMALKAN TAWASSUL&TABARRUK. (rujuk buku Asri 10 Perkara Murtad).


Dato Seri Nik Abdul Aziz menyatakan dalam bukunya berjudul (Rasulullah Muhammad S.A.W. insan teladan sepanjang zaman) Pada halaman 175 - 176, DS Nik Aziz menulis:-

Oleh yang demikian, apabila telah mengetahui bahawa mengambil berkat dengan sesuatu itu bererti mencari kebaikan melaluinya. Maka fahamlah bahawa bertawassul ataupun bertabarruk dengan kesan-kesan baginda itu adalah suatu perkara yang digalak dan disyariatkan oleh Islam. Lebih-lebih lagi mengambil berkat daripada zat Nabi yang mulia.

Mengambil berkat daripada kesan Nabi itu tiada beza antara semasa hidup ataupun selepas baginda wafat. Kerana para sahabat di zaman hidup Rasulullah SAW mengambil berkat dengan air basuhan wuduk baginda, ataupun air peluh dan juga air ludah serta rambut baginda. Kesan-kesan itu sama sahaja selepas wafatnya, semuanya bukanlah suatu yang hidup dan keadaannya sama semasa hayat baginda.

Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Sahih Bukhari. Ramai orang menjadi sesat selepas kewafatan Rasulullah SAW, kerana dalam hati mereka tiada kasih kepada baginda. Mereka telah menidakkan tawassul terhadap zat baginda selepas wafatnya. Mereka menganggap bahawa kesan keberkatan Rasulullah SAW itu telah habis apabila baginda wafat. Jika bertawassul selepas baginda wafat bererti bertawassul kepada suatu yang tidak berkesan.

Hujah seperti itu menunjukkan bahawa mereka sebenarnya jahil mengenai Rasulullah SAW. Persoalannya, adakah semasa hayat baginda ia memberi kesan? Sedangkan kesan hanya datang daripada Allah SWT sebagai Khaliq, tiada makhluk yang memberi kesan. Tiada siapa pun boleh mendakwa bahawa Rasulullah SAW boleh memberi kesan secara peribadi semasa hayatnya. Kerana dakwaan itu telah disepakati boleh membawa kerosakan akidah.

Para sahabat mengambil berkat daripada kesan-kesan baginda, bukan kerana baginda boleh memberi kesan. Tetapi baginda adalah seafdal-afdal manusia di muka bumi ini. Seluruh makhluk di langit atau di bumi, hanya Rasulullah SAW sahaja orang yang menjadi kesayangan Allah SWT. Baginda juga menjadi rahmat Allah kepada seluruh alam. Ia adalah tawassul disebabkan Rasulullah SAW sangat akrab dengan Allah SWT, melalui bagindalah seluruh makhluk mendapat rahmat daripada Allah SWT. -Tamat nukilan kenyataan Dato Seri Nik Aziz Mursyidul Am PAS.


2- (PKR) KERANA DR BADRUL AMIN MENGHUKUM ASRI ZAINUL ABIDIN SEBAGAI GILA KERANA MENENTANG HUKUM ALLAH



3- (PENDAKWAH BEBAS) KERANA USTAZ AZHAR IDRUS MENGHUKUM MOHD ASRI SEBAGAI WAHHABI YANG BODOH!.

21 June, 2010

Asri Masuk DAP




Mohd Asri dilapoarkan memasuki DAP. Penyertaan Mohd Asri Al-Wahhabi ke dalam DAP itu dikatakan adalah bertujuan merosakkan perpaduan umat Islam. Mohd Asri yang dikenali bersikap suka mengkafirkan umat & ulama Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah, bersama 100 orang yang dikatakan ada kaitan dengan pengganas antarabangsa turut menyertai.

DAP

(Deligasi Angkatan Pengganas)



Pengganas: Pentakfir ulama & umat Islam serta bertuju dengan gerakan pengganas Salafiyyah Wahhabiyyah Jihadiyyah.

Klik Gambar Untuk Cepat

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID \
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Abu SyaFiQ AL-aSy'Ary

Abu SyaFiQ AL-aSy\

Min Aina Yanzuruna Ilaina?

Harga


My site is worth $267.67 Million.
How much is yours worth?

Your