KUALA LUMPUR: Artis remaja yang dilarikan kekasihnya ke Lombok, tiga bulan lalu, disahkan berada di pulau timur Indonesia itu dan mengandung beberapa minggu selepas mereka dipercayai berkahwin sebaik tiba di pulau itu.
Berita mengenai artis berkenaan, Salsabila Yunan, 15, atau dikenali sebagai Bella mengandung disahkan dua wakil Migrant Care yang menemuinya di Kampung Bara Bali, Lombok Tengah, petang kelmarin.
Wakil Migrant Care, Alex Ong, berkata Bella sihat dan dia kini hamil selepas dinikahkan dengan lelaki bernama Hafiz oleh imam kampung berkenaan dikenali sebagai Haji Makmur.
“Wakil Migrant Care di sana (Lombok) tidak tahu bila Bella bernikah kerana dia tidak banyak bercakap. Bella agak terkejut dan wakil kami cuba memujuknya supaya pulang. Kami memberitahu keadaan ayahnya yang uzur di negara ini,” katanya ketika dihubungi, semalam
Sementara itu, bapa Bella, Yunan Mat Ayat, 77, berkata jika benar anaknya mengandung, dia masih sanggup menerima kepulangannya.
Kisah Bella dilaporkan Harian Metro pada 31 Oktober lalu apabila Yunan mengadu kehilangannya dipercayai dilarikan seorang lelaki penduduk asal Pulau Lombok dikenali sebagai Hafiz ke Kampung Bara Bali, Lombok Tengah.
Susulan itu, dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat Migrant Care serta Kijang Care bersedia membantu menyelamatkan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Batu Muda di sini.
Antara drama yang pernah dilakonkan Bella sebagai pelakon tambahan ialah Gerak Khas, Renjis, Ke Syurga Cinta dan iklan Ribena.
Sumber: Metro
"Bina Empayar E-commerce Anda Dari Rumah & Jana Pendapatan Sehingga RM1000 Sehari"
"LEVIS DAN JEANS TERHANGAT DESIGN JAPAN&HONG KONG"
"INGIN MENJANA INCOME RIBUAN RINGGIT SEMINGGU?HANYA DI RUMAH!PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA !"
"BISNES GLOBAL CUMA RM35, SAMBIL MILIKI WEBSITE SENDIRI"
"Pakej fotografi perkahwinan TERMURAH dan EKSKLUSIF bermula dari serendah RM200!!"
"JOM TENGOK-TENGOK JERSEY BOLA BAIK PUNYA!!!"
"Pakej fotografi perkahwinan TERMURAH dan EKSKLUSIF bermula dari serendah RM200!"
"Jana Income Dari Rumah Dengan Dua Jam Sehari Sahaja"
"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"
Iklan Di ISUHANGAT!
PUTRAJAYA: Bengang dengan kritikan Akhil Hayy, penyanyi rock, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 42, mahu penceramah itu tutup mulut dan mencermin diri sendiri sebelum cuba mentarbiah artis yang kononnya terpengaruh dengan ajaran sesat.
Malah, penyanyi kumpulan Wings itu mengakui telinganya ‘panas’ apabila mendengar nama artis berkenaan dan memberi amaran kepada Akhil supaya tidak lagi bercakap mengenai dunia artis atau mengaitkan golongan itu dengan sebarang bentuk ajaran sesat.
Awie mendakwa gelaran ‘ustaz’ yang diberikan masyarakat terhadap Akhil tidak wajar kerana penceramah itu sepatutnya mencerminkan kredibiliti dirinya terlebih dulu.
Tanpa berselindung, Awie mempertikaikan kewibawaan Akhil untuk mentarbiah golongan artis berdasarkan kredibiliti kehidupan rumah tangganya yang boleh dipertikaikan bukan saja di kalangan penggiat seni, malah masyarakat umum.
“Jangan ingat golongan artis tidak mengetahui kehidupan dunia dan akhirat.
“Apa saja yang dilakukan manusia di bumi ini hanya Allah yang tahu, tidak salah untuk ingat-mengingati,” katanya, semalam.
Awie yang popular dengan lagu Sejati mengulas dakwaan Akhil Hayy bahawa ada segelintir artis yang sudah ada nama menggunakan kedudukan mereka mempengaruhi artis lain supaya melakukan maksiat selain mempermudahkan Islam.
Malah, penceramah muda dan pengacara sebuah rancangan ilmiah itu turut mengakui ada artis membenarkan gejala bersekedudukan dan berzina dengan alasan apa yang dilakukan sudah ditentukan Allah selain manusia (artis) mempunyai ruang dan masa untuk bertaubat.
Akhil turut menyentuh mengenai ajaran sesat artis terbabit yang dipercayai menjadi pegangan melalui ajaran pelik dipercayai diperoleh daripada ‘guru ghaib’ yang sukar untuk dikesan.
Mengulas lanjut isu berkenaan, Awie berkata Akhil perlu mencermin dirinya dulu yang sebelum ini turut terpalit dengan dunia glamor.
Awie berkata, kehidupan artis yang menjadi ‘public figure’ memang sentiasa disuluh lampu terang yang semestinya mahu memperlihatkan kecantikan yang dimiliki dalam sinaran cahaya berkenaan.
Sumber:metro
"Bina Empayar E-commerce Anda Dari Rumah & Jana Pendapatan Sehingga RM1000 Sehari"
"LEVIS DAN JEANS TERHANGAT DESIGN JAPAN&HONG KONG"
"INGIN MENJANA INCOME RIBUAN RINGGIT SEMINGGU?HANYA DI RUMAH!PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA !"
"BISNES GLOBAL CUMA RM35, SAMBIL MILIKI WEBSITE SENDIRI"
"Pakej fotografi perkahwinan TERMURAH dan EKSKLUSIF bermula dari serendah RM200!!"
"JOM TENGOK-TENGOK JERSEY BOLA BAIK PUNYA!!!"
"Pakej fotografi perkahwinan TERMURAH dan EKSKLUSIF bermula dari serendah RM200!"
"Jana Income Dari Rumah Dengan Dua Jam Sehari Sahaja"
"Jawatan Kosong / Kerja Kosong di Kerajaan. Apply Sekarang!"
"bisnes online yang mudah dan gempak! duduk rumah pun duit masyuk!!"
"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"
Iklan Di ISUHANGAT!
Akhil, menerusi perkahwinan dengan bekas isterinya, Maizawati Zainal, telah dikurniakan empat orang anak. Siti Nur Maisarah dan Mohd Syarif Idayatullah yang merupakan anak sulung dan anak kedua tinggal bersama Akhil setelah pasangan itu bercerai dengan talak satu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.
Meskipun baru sebulan bercerai, Akhil bagaimanapun mempunyai alasan tersendiri jika ada yang mempersoalkan mengapa terlalu cepat dia kembali mendirikan rumahtangga.
"Ini adalah jodoh. Kita tak boleh ramal apa yang akan terjadi. Jodoh dan pertemuan adalah urusan Allah. Sebelum ini pun, terlalu ramai yang bertanya bila kami akan berkahwin. Jadi hari ini, kami buktikan dan berharap ia dapat menutup segala spekulasi.
"Selebihnya, terserahlah kepada masyarakat kerana manusia boleh bercakap apa saja. Apa yang boleh saya katakan, ini bukan secara kebetulan dan bukan juga satu perancangan sangat pun," kata Akhil.
Bercerita bagaimana terbitnya perasaan cinta terhadap penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu, kata Akhil:
"Sebelum ini, memang saya bercakap pada media bahawa saya senang dengan Waheeda. Cuma, untuk menggerakkannya ke arah itu (cinta), saya hanya serahkan kepada Allah.
"Tetapi, mustahil lah perkahwinan ini terjadi kalau bukan kerana cinta. Allah bukakan hati saya untuk menerima Waheeda dan dia ditakdirkan menjadi isteri saya," ujarnya yang menambah, pada awalnya mereka merancang untuk bernikah pada 21 Ogos, sehari sebelum Ramadan.
Sumber: Thestar
"JOM TENGOK BAJU-BAJU NI TENGOK DULU KOT-KOT BEKENAN"
"DAFTAR PERCUMA*PART TIME DIRUMAH*BONUS MINGGUAN*$2,000-$5,000"
"HANGAT...JANA PENDAPATAN LUMAYAN SAMBIL MENJAGA KESIHATAN ANDA"
"Satu pendedahan mengenai KWSP - Ada sesuatu yang wajib anda tahu mengenai KWSP"
"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"
Iklan Di ISUHANGAT!
Kecoh di luar mahkamah apabila Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya memutuskan Radhi OAG dan isterinya Shazlin Shariff masih suami-isteri yang sah.
KEDUA-DUANYA menunjukkan ego masing-masing bilamana Radhi OAG enggan menceraikan isterinya, Shazlin Shariff tetapi dalam masa yang sama si isteri sanggup ‘bersumpah’ membuat hubungan dengan lelaki lain semata-mata ingin diceraikan.
Peh dunia akhir zaman, si isteri selamba tenuk jer bersumpah tidur dengan lelaki lain dan yang peliknya yang si suami pun masih tak nak ceraikan.
Adakah Jabatan Agama akan mendakwa Shazlin ni dengan tuduhan berzina? Kalau ikut hukum hudud, mampus tak berani. Ikut jer tindakan Mahkamah Syariah di Pahang tu hari yang menjatuhkan hukuman sebat kepada peminum arak.
Satu pendedahan mengenai KWSP - Ada sesuatu yang wajib anda tahu mengenai KWSP"
"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"
Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!
Iklan Di ISUHANGAT!
Pada malam anugerah APM ahad 18/07/09 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia, hampeh betul, artis Indonesia iaitu salah seorang kumpulan rock SLANK telah melondehkan seluar dan menunjukkan underwearnya ke khalayak ramai.
Tulisan pada seluar dalam Kaka Slank itu ialah "Bombers Kiss My" yang mungkin menunjukkan protes kepada kejadian pengeboman di 2 hotel mewah di Mega Kuningan, Jakarta tu hari.
Bagaimana agaknya keadaan hiburan di seberang ya, bagaimana artis begini bebas terlepas di atas pentas di hadapan para VIP dan dibuat secara live pulak tu. Dah la pakai jaket tanpa baju, jaket tak berbutang, nampak dada , bertatoo, nampak pusat, bukak seluar, tonggeng tunjuk tulisan kat underwear kalau di Malaysia sah makan tak habis kena ban.
Di harap peristiwa ini memberi pengajaran kepada penaja-penaja syarikat korporat Malaysia yang suka sangat import diaorang ni. Begitu juga stesyen-stesyen radio harap ban sahaja jangan putarkan lagu kumpulan Slank ni.
"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"
Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!
Iklan Di ISUHANGAT!
Farawahida membuat tiga laporan polis kerana kononnya menerima ugutan dari komposer Julfekar yang sebelum ini pernah digossipkan dengannya mengugut untuk mengedar gambar dan video lucahnya. Julfekar pula menafikannya dan berkata pihak polis belum menghubunginya.
Farawahida difahamkan sudah membuat tiga laporan polis terhadap komposer terkenal itu masing-masing di Balai Polis Klang pada 6 November tahun lalu, Taiping, Perak (9 Februari) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Rabu lalu.
Dia antara lain Farawahida mendakwa menerima ugutan mengedar gambar dan video lucahnya bertitik tolak daripada tindakannya enggan menyambung kontrak dengan sebuah syarikat rakaman yang tamat pada 9 Februari lalu.
Dasyat juga ya penangan dunia hiburan tanahair, sudah main gambar dan video lucah pula, bagaimana pun ia sudah jadi kes polis, biarlah polis yang menyiasat kes ini.
"HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI"
"WOW!!! SANGAT MUDAH, SANGAT SENANG & YANG PALING PENTING SANGAT LUMAYAN!!!"
"Pendapatan Menyentap, Berterusan Bersama Kryptonwork"
"Rahsia Mudah Dapat Zuriat"
Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!
Iklan Di ISUHANGAT!
